fbpx

Veil Unik Izara Aishah Curi Perhatian Ramai

Pernikahan Izara Aishah bersama suami Adib Khalid yang berlangsung semalam memang amat dinantikan. Dalam majlis yang sangat mewah semalam, Izara telah tampil dengan busana yang cukup menawan tetapi apa yang menjadi bualan hangat peminat adalah veil yang dikenakan.

BACA: Di Sekitar Majlis Pernikahan Izara Aishah, Adib Khalid

Mengenakan rekaan pereka fesyen terkenal negara, Rizalman bukanlah bonus untuk terlepas dari kritikan pedas. Sesaat melihat Izara menuruni tangga, banyak mata memerhati dan terkesima melihat veil busana itu yang boleh dikatakan cukup besar dan keras untuk badan Izara.

Jika lihat pada ruangan komen, pelbagai nama diberikan kepada veil Izara semalam seperti roti tisu, kuih apam balik, alas meja dan macam-macam lagi. Selain itu ada juga menganggap penampilan Izara tidak ubah seperti hantu kerana terdapat sisi kamera yang mengambil dari sudut belakang.

Tidak pasti Rizalman mahupun Izara sendiri sedar atau tidak tentang hal ini, namun menerusi laman Instagram pereka fesyen itu, beliau ada menceritakan bagaimana beliau mendapat inspirasi untuk menghasilkan busana Izara pada malam itu. Meneroka ke seluruh dunia katanya!

Apapun di mata rakyat marhaen seperti kita mungkin memandang fesyen tersebut seperti pelik. Tetapi bagi mereka yang bergelar selebriti seperti Izara mungkin bercitarasa tinggi dan inginkan kelainan. Tahniah sekali lagi kepada Izara dan Adib yang sah bergelar suami isteri! (rtky/w)