fbpx

Majlis Resepsi Mewah, Syasya Terima Tajaan RM5 Juta Barang Kemas

Sebentar tadi berlangsungnya majlis resepsi bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal dan suaminya, Nasrullah Mohd Sabie penuh meriah di Magica Subang Hall, Shah Alam.

Dalam majlis yang dihadiri lebih 1,000 tetamu pengantin perempuan dan pasangannya mengenakan persalinan berona biru muda yang ditaja oleh Jakel.

Memetik Astro Gempak, ibu Syasya iaitu Farah Farina Abd Razak berkata majlis resepsi terpaksa diadakan dua sesi iaitu siang dan malam berikitan tidak dapat dewan yang besar untuk tetamu yang ramai.

Sementara itu, ibu Syasya memaklumkan Syasya menerima banyak tajaan sempena majlis resepsi serta mengucapkan terima kasih pada pihak yang terlibat.

“Persiapan untuk hari ini, sebenarnya kita ada dua sesi. Pada siang hari, untuk peminat, keluarga dan rakan-rakan lain. Malam untuk yang lain pula sebab kita tak dapat nak cari dewan yang besar.

“Alhamdulillah ada banyak tajaan yang masuk dan saya berterima kasih kepada penaja yang saya tak dapat nak sebut satu persatu,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, ibu Syasya mendedahkan anaknya turut menggayakan barang kemas dan aksesori yang ditaja oleh Habib sejumlah RM5 juta.

“Kita belum buat kiraan lagi, tetapi untuk Syasya, Habib tajaan RM5 juta untuk barang kemas yang dipakai malam ini. Manakala untuk saya pula RM500,000. Selain Habib, Jakel pun ada menaja dan banyak lagi,” katanya.

Pada 21 April lalu, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan Syasya sah bergelar isteri.

SUMBER: Astro Gempak, Kosmo