fbpx

Majlis Kelima Elfira Loy Di Melaka, Penuhi Hajat Nenek Faris

Selepas sebulan melangsungkan majlis bertandang Elfira Loy dan suami, Faris Khairol Anuar, nampaknya semalam pasangan itu mengadakan majlis kelima mereka yang diadakan di Melaka.

Difahamkan majlis tersebut didadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Majlis bertemakan kampung itu juga merupakan permintaan daripada nenek Faris.

BACA:Pakai Selama Sejam, Baju Kahwin Elfira Ini Cecah RM30,000

Pasangan pengantin baru itu cukup cantik dan kacak mengenakan busana tradisional rona biru laut.

Memetik laporan mStar Online, Elfira memberitahu resepsi tersebut merupakan yang terakhir dan majlis berlangsung dengan meriah sekali diiringi paluan kompang, pulut kuning dan joget lambak.

Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar disekitar majlis persandingan pasangan ini.