Adalah lumrah bagi selebriti mendapat tajaan apabila ingin berkahwin tetapi lain pula dengan Saharul Ridzwan yang memilih untuk tidak menerima beberapa tajaan utama pada majlis perkahwinan yang berlangsung pada 16 September ini. Ini kerana beliau ingin merasai sendiri pengalaman menguruskan perkahwinan dengan menggunakan wang simpanan sendiri.
BACA: Saharul Ridzwan Sahkan Bakal Nikah Deena Emir
“Alhamdulillah ada beberapa tajaan utama yang saya terima untuk majlis saya nanti namun saya menolak secara baik kerana ingin merasai nikmat persiapan majlis itu tanpa terlalu bergantung kepada pihak lain. Besar pahalanya memberi makan kepada orang lain dan saya mahu hidangan yang disediakan pada majlis itu nanti adalah daripada hasil titik peluh saya sendiri”
“Majlis itu nanti bukanlah secara besar-besaran dan ikut sekadar kemampuan saya sahaja dan paling penting baik meraikan bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat. Walaupun tidak menerima tajaan utama namun saya masih terbuka jika ada pihak yang sudi menaja pelamin dan fotografi untuk majlisnya itu,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.
Dalam masa yang sama, Saharul turut memaklumkan bahawa majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung juga tidak akan disiarkan secara ekslusif dimana-mana stesen televisyen sepertimana yang dilakukan oleh selebriti lain. Oleh itu, beliau mengambil pendekatan menggunakan Instagram dan Facebook sahaja untuk mengemas kini perkembangan perkahwinan mereka berdua.
Apabila ditanya mengenai sebab disebalik tarikh yang dipilih oleh pasangan bahagia ini, Saharul memberitahu bahawa tiada sebarang sebab spesifik tarikh itu dipilih, ianya kebetulan memang jatuh pada hari Jumaat. Tambahnya lagi, memang pada awalnya beliau merancang untuk berkahwin pada hari Jumaat disamping mengambil keberkatan daripada penghulu sengala hari itu
Terdahulu, Saharul dalam satu sidang media khas mengesahkan bakal berkahwin dengan wanita pilihannya iaitu Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, pada 16 September depan. Pasangan itu bakal dinikahkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya sebelum mengadakan majlis resepsi di Dewan Sri Siantan Putrajaya, 3 petang hari yang sama. (rkty/w)