fbpx

Sempena filem menarik yang bakal menghantui anda pada 3 Julai ini, iaitu Spider-Man: Far From Home hasil kerjasama Sony Pictures Entertainment Malaysia bakal mengadakan satu peraduan yang super duper mudah untuk anda rebut hadiah utama.

Bermula 28 sehingga 30 Jun ini seramai 833 SpideyRiders dari GrabFood akan berkhidmat untuk menghantar makanan ke rumah anda.

Kesemua SpideyRiders ini akan lengkap berpakaian ala-ala Spider-Man sambil membawa kesemua pesanan makanan anda di sekitar Lembah Klang. Dari sini lah bakal bermulanya peraduan untuk anda sertai!

Yang paling penting, peraduan ini sangat mudah. Anda hanya perlu selfie bersama SpideyRiders dan kemudian muat naik gambar awesome itu di laman media sosial berserta hastag #SpideyRiders #SpiderManFFH.

Ha sebelum kami terlupa, gambar yang anda kongsi di media sosial terus haruslah tag @SonyPicturesMalaysia barulah juri boleh tengok gambar anda. Dan jangan sesekali private kan akaun media sosial anda.

Jika anda digelar sebagai pemenang anda berpeluang membawa pulang PS4 Pro Limited Edition Versi Spider-Man sebagai hadiah utama. Manakalah tempat kedua akan membawa pulang telefon pintar keluaran Sony (2 pemenang), dan hadiah saguhati berupa t-shirt limited edition Spider-Man: Far From Home akan diberikan kepada 10 pemenang.

Lebih menarik lagi, untuk ahli Gold dan Platinum GrabRewards anda boleh menebus mata ganjaran anda melalui katalog GrabRewards untuk dapatkan tiket tayangan perdana filem Spider-Man: Far From Home ini.


Jadi jangan bazirkan masa anda, jom join sekarang untuk rebut hadiah-hadiah menarik ini!. Maklumat lanjut layari laman facebook #SpideyRiders dan laman ini.