fbpx

Mahu Selesaikan Isu Identiti, Sajat Sedia Bertemu JAKIM

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang berpakaian wanita serta lengkap bertelekung menunaikan umrah sekaligus mengundang kecaman hebat masyarakat.

Susulan isu itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendakwa status jantina Sajat sudah disahkan sebagai seorang lelaki selepas bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

BACA: “Isu Sajat Tunai Umrah Pakai Telekung Sudah Jadi Isu Kecil ” – Mujahid

Terbaru, Sajat bersedia bertemu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menyelesaikan isu identitinya. Ujarnya, bukannya dia tidak mahu membuat pemeriksaan perubatan di hospital tetapi dia tidak diberikan sebarang surat sokongan daripada JAKIM.

“Bukan saya tak mahu buat laporan perubatan, sekarang mereka (JAKIM) hanya suruh saya pergi ke hospital tanpa sebarang surat sokongan.

“Kalau betul mereka (JAKIM) nak bantu, mereka sepatutnya keluarkan surat rasmi. Saya tak tahu dengan siapa yang saya perlu rujuk. Kalau hendak tolong, tolonglah betul-betul kalau tidak ia akan berpanjangan,” katanya kepada BH Online.

Sajat juga mendakwa, dia pernah cuba menyelesaikan masalah berhubung identiti dirinya kepada pihak berkuasa, namun, alasan diberi kesnya itu berprofil tinggi. Katanya lagi, dia mahu selesaikan perkara itu selagi ibu bapanya masih hidup.

“Saya pernah kena tipu, bukan saya tak cari jalan penyelesaian. Kalau diikutkan, ibu bapa sudah memberi kerjasama sebaik mungkin sejak saya dilahirkan. Namun, sekarang, saya yang perlu menanggung semua ini sendirian,” katanya.

“Ibu bapa Sajat boleh mengesahkan siapa saya. Tiada orang lain,” katanya.