fbpx

Sebut sahaja Watsons rata-ratanya pasti mengetahui tempat yang berpuaka ini. Mana tidaknya apabila masuk sahaja ke Watsons, keluar daripada kedai tersebut sudah semestinya ada beg plastik Watsons di tangan.

Boleh rambang mata lihat barangan yang ada di Watsons tahu. Kejadian sebegini selalunya dimenangi oleh kaum wanita. Itu belum lagi sale yang menjunam diadakan. Tipulah kalau masuk Watsons tidak beli apa-apa.

Dan kali ini sempena Tahun Baru Cina, Watsons Malaysia menampilkan klip video yang membawa mesej yang mendalam untuk semua orang. Keseluruhan stail video ini diarahkan oleh Beatrice Looi dan diinspirasikan dari zaman kegemilangan Shanghai pada abad ke 20 dan 21.

#HappyBeautifulYear drama muzikal ini menceritakan persengketaan diantara tiga adik beradik. Persengketaan cerita bermula apabila adik si bongsu menggunakan pakaian, barang kemas dan juga alat solek kepunyaan kakak yang sulung.

Video klip ini berakhir dengan mesej yang ingin disampaikan kepada semua bahawa di hari yang meriah, segala perbezaan ditolak tepi dan bersatu bersama-sama meraikan perayaan dan bergembira bersama walaupun adanya perbezaan diantara mereka.

Jadi apa kata kali ini, anda tarik rakan mahupun saudara anda yang kurang gemar untuk bersiap itu sertai peraduan #HappyBeautifulYear Watsons yang menjanjikan hadiah bernilai RM20,000 ini!

Senang sahaja caranya, anda hanya muat turun aplikasi Tik Tok, muatnaik video anda menyahut cabaran tarian Watsons Beautiful Year 2019 dengan menggunakan lagu rasmi di akaun rasmi TikTok Watsons Malaysia dengan tanda pagar #HappyBeautifulYear.

Hantar penyertaan anda di sini.

Akhir sekali, anda akan dimaklumkan jika penyerahan anda berjaya. Jadi apa tunggu lagi cepatlah sertai peraduan #HappyBeautifulYear ini. Mana tahu RM20,000 itu milik anda.