fbpx

“Mahu Lebih Terus Terang Dalam Perkahwinan Kali Ini”

Mengambil pengajaran daripada perkahwinan terdahulu, Bella Dally mengharapkan perkahwinan kali ini dengan Arif Izuddin lebih mengamalkan sikap terus terang agar masing-masing lebih memahami.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

BACA: Bella Dally Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan

“Dari awal perkenalan kami, suami memang tunjukkan kesungguhan dan keseriusan dalam perhubungan. Dalam masa sama, saya tidak mahu membuang masa. Alhamdulillah, segala perancangan kami dipermudahkan”

“Saya teruja dan bersyukur dapat memulakan hidup baru dengan Arif. Bermula sudah tanggungjawab baru saya sebagai isteri. Apa yang penting, dalam perkahwinan kedua ini saya mahu lebih banyak bersabar dan saling memahami”

“Kalau ada perkara saya mahu cakap, saya cakap saja. Begitu juga dengan suami. Ia lebih mudah supaya kedua-duanya faham. Insya-Allah, kami merancang untuk menunaikan umrah April ini,” katanya.

Pada majlis yang diadakan di Marina Putrajaya itu, Bella menerima mas kahwin RM1,000 berserta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara pihak perempuan menyerahkan sembilan dulang. Wang hantaran pula dirahsiakan.

Terdahulu Bella pernah berkahwin dengan pelakon, Nazim Othman pada tahun 2016 namun bercerai pada awal Mei 2018. Sehingga kini kedua pihak merahsiakan punca penceraian mereka. (rtky/w)