Pelakon Bella Astillah berkata dia sentiasa mengingatkan dirinya untuk menjaga batas ketiga bergandingan dengan pelakon lelaki.
Memetik Harian Metro, Bella berkata dia tidak mahu melukakan hati suaminya, penyanyi Aliff Aziz dan gambar yang dimuat naik bersama pelakon lelaki di media sosial adalah tuntutan kerja semata-mata.
BACA: Bella Astillah Nafi Sindir Fesyen ‘Kampung’ Sophia Albarakbah
“Gambar yang saya kongsi semuanya diambil ketika sedang bekerja. Kalau ada gambar kasut sama ke, itu kebetulan sahaja.
“Ya, Aliff ada tanya, memang saya berlakon dengan pelakon muda sahaja? Jadi, saya jawab untuk penggambaran semata-mata,” katanya.
Sedar akan status dirinya sebagai isteri orang, Bella turut meminta pelakon gandingan terutama pelakon muda untuk memanggilnya Kak Bella.
“Kalau nak tahu, saya minta mereka (pelakon-pelakon lelaki muda) panggil saya dengan gelaran Kak Bella. Mula-mula mereka tak biasa, tapi disebabkan saya minta, jadi mereka dah biasa panggil saya dengan pangkat kakak.
“Lagipun saya sedar diri. Umur saya sudah 29 tahun, dan sekarang banyak pelakon muda. Saya okey sahaja orang panggil kakak, saya tiada masalah,” katanya.