fbpx

Mahu Berjimat Untuk Bercuti? Klook Ada Jawapannya

Hujung minggu anda yang membosankan? Pening fikir tempat percutian yang menarik? Dapat tempat menarik harga pula mahal?

Mulai hari ini anda tidak perlu pening kepala lagi fikirkan destinasi percutian anda. Ada satu aplikasi yang dapat membantu anda dan mampu memberikan anda senyuman.

Klook merupakan satu platform tempahan percutian dengan lebih daripada 50,000 aktiviti, pengalaman dan perkhidmatan di seluruh 200 destinasi.

Di sini, kami sertakan beberapa destinasi percutian yang ditawarkan oleh Klook dengan harga yang sangat berbaloi dan mungkin ianya akan menjadi destinasi percutian anda.

1. Taman Tema Escape Penang

Taman tema Escape Penang ini sangat sesuai untuk anda sekeluarga beriadah sambil menikmati aktiviti-aktiviti menarik seperti ziplining, water slides, rides, dan banyak lagilah.

Hanya mengambil masa 30 minit dari Georgetown sahaja anda boleh nikmati suasana taman kontemporari dengan persekitaran semula jadi yang menakjubkan di Malaysia hanya dengan RM 123 sahaja.

Bila ingin bercuti pastinya anda inginkan harga yang murah bukan, jadi masa inilah anda harus buat perbandingan dengan bijak melalui perbandingan harga di Klook dan di laman rasmi ESCAPE Adventureplay Theme Park.

2. Bandar Hello Kitty

Mahukan kelainan dalam destinasi percutian anda? Hello Kitty Town pastinya akan memberikan anda sebuah kenangan yang indah.

Terletak di Johor, bandar yang dipenuhi dengan Hello Kitty ini menjadi kegilaan kanak-kanak perempuan dengan kecomelan barangannya.

Hanya dengan applikasi Klook anda akan mendapat harga serendah RM 63 untuk melihat sendiri bandar animasi ini berbanding harga asalnya RM 81.

3. Legoland

Sentiasa menjadi tempat idaman anak-anak anda, destinasi Legoland yang terletak di Johor ini pastinya dapat memberikan anda sekeluarga keceriaan dengan kemeriahan aktivitinya.

Hanya RM 95 anda sekeluarga boleh menikmati percutian yang menabjukan untuk menjadi kenangan anda sekeluarga.

Laman rasmi Legoland yang menawarkan harga jauh lebih tinggi dari Klook pastinya membuatkan anda berfikir sejenak. Rugi kiranya anda tidak merebut harga istimewa daripada Klook.

4. Lost World of Tambun

Destinasi yang mampu merehatkan minda anda sekeluarga dengan keindahan yang terdapat di Lost World of Tambun, Ipoh ini hanya dengan RM 35 sahaja dengan aplikasi Klook.

Jika anda boleh buat perbandingan dengan harga asal yang ditawarkan untuk ke destinasi indah ini adalah sebanyak RM 100 untuk harga dewasa.

Namun penjimatan kaw-kawa telah berlaku dengan aplikasi kegilaan ramai ini.

5. Aquaria KLCC

Lihat keindahan alam laut di Aquaria KLCC yang menjadi tumpuan pelancong ini mampu memberi terapi minda kepada anda sekaligus dapat menghabiskan masa bersama keluarga.

Hanya dengan RM 34 di Klook anda sudah boleh menikmati keindahan Aquaria KLCC. Sebagai contoh, harga pada laman rasmi Aquaria KLCC dikenakan sebanyak RM45 untuk setiap individu.

Jika anda menggunakan Klook, anda boleh dapat harga jauh lagi murah dengan penjimatan sebanyak RM11.

Menarik lagi mengenai Klook, bukan sahaja anda mendapat harga yang murah, anda juga bakal menikmati keistimewaan seperti VIP disamping mendapat kredit Klook setiap kali anda membuat tempahan.

Bukan itu sahaja, dengan aplikasi Klook ini juga anda boleh membuat perbandingan harga dari segi tempat-tempat menarik di Malaysia, pelbagai perbandingan anda boleh lakukan tanpa pening kepala lagi untuk membuat tinjauan ke laman web lain.

Jadi apa yang anda tunggu? Terokai dunia dengan Klook! Tempah percutian anda sekarang dan gunakan kod promo ROTIKAYA15 untuk mendapatkan RM15 untuk tempahan pertama anda di Klook!

Ketahui juga bagaimana anda boleh berjimat sehingga RM150 dengan pakej #JomHoliday bersama Klook yang sedang berlangsung sekarang.