fbpx

Mahu Berbaik Dengan Bekas Suami Demi Anak

Sejuk hati mendengar luahan syukur Elly Mazlein mengenai pertemuan bersama bekas suami, Azmi Hatta. Perkongsian itu didedahkan di Instagram apabila Azmi berkunjung ke rumahnya untuk melawat anak mereka, Putri Sara Sefhia.

BACA: Elly Mazlein Tuntut Belanja Raya Anak

Dalam luahan sama, Elly sangat gembira dengan kunjungan Azmi itu dan berharap keadaan berubah menjadi lebih baik demi kebahagiaan anaknya. Malah tanda pagar yang Elly selitkan juga seolah membayangkan beliau bakal berbaik dengan Azmi dan isterinya, Faye Kusairi.

Selain itu Elly dengan rasa rendah diri turut merakamkan ucapan terima kasih buat Faye dan Azmi diatas kunjungan itu. Rata-rata ramai gembira dengan khabar berita yang dikongsikan Elly setelah sekian lama mereka bersengketa.

Dalam ruangan komen, ramai memuji sikap Elly yang tegas mempertahankan hak anaknya dan mengekal hubungan anak dan bapa biarpun pelbagai dugaan yang dilaluinya sebelum ini. Buang yang keruh ambil yang jernih. (rtky/w)