fbpx

Elly Mazlein Tuntut Belanja Raya Anak

Menuntut nafkah anak dari bekas suami bukanlah perkara buat Elly Mazlein, dan menjelang hari raya Aidilfitri tidak lama lagi, Elly sempat bertanyakan tentang duit persiapan raya dari bekas suaminya, Azmi Hatta.

BACA: Bekas Suami Mohon Elly Mazlein Dipenjara

Menerusi Instagram, Elly dengan sinis bertanyakan tentang duit persiapan raya anak yang belum diberikan Azmi. Sindirinya lagi, bukan saja duit persiapan raya, malah duit nafkah juga Azmi ‘diamkan’ diri saja.

Dalam masa yang sama Elly turut mengingatkan Azmi supaya tidak kedekut dengan darah daging sendiri. Sebelum ini juga sudah beberapa kali Elly menyuarakan ketidak puas hati terhadap Azmi yang gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Terdahulu mahkamah telah mengeluarkan perintah agar Azmi membayar nafkah bulanan kepada anaknya sebanyak RM1,500 pada 12 Oktober 2016. Namun Azmi gagal berbuat demikian atas sebab menanggung kos motor besarnya. (rtky/w)