fbpx

Mahu Balas Jasa, Neelofa Bantu Pekerja Utusan & Kosmo

Pasti umum mengetahui akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! akan menghentikan operasi minggu ini dan dijangka esok merupakan edaran mereka yang terakhir.

Berita tersebut ternyata mengejutkan ramai selebriti termasuk Neelofa yang turut meluahkan rasa simpati kerana Utusan dan Kosmo banyak membantu menaikkan namanya di awal penglibatanya dalam dunia hiburan.

BACA: Neelofa Rasai Hujan Turun Di Arafah Undang Rasa Insaf

Mahu membalas jasa baik syarikat akhbar tersebut, Neelofa menggunakan pengaruhnya di media sosial menyeru pengikutnya meletakkan maklumat syarikat sekiranya ada yang memerlukan khidmat kakitangan Utusan dan Kosmo!

Neelofa juga berharap dapat membantu para pekerja mendapat pekerjaan baru secepat mungkin dan statusnya itu juga terbuka untuk orang ramai yang masih mencari kerja.

Tindakan Neelofa itu mendapat pujian daripada Utusan dan Kosmo yang menghargai usahanya itu. Malah rata-rata netizen turut turut menyokong usaha Neelofa dan mendoakan semoga semuanya dipermudahkan.