Mahkamah Sahkan Pernikahan Marissa & Aslam Di Songkhla 

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini mengesahkan pernikahan pasangan sensasi, Marissa Dania dan suaminya Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 23 Disember 2023 adalah sah mengikut undang-undang.

Memetik mStar Online, peguam syarie yang mewakili pasangan berkata kedua anak guamnya perlu melakukan pendaftaran perkahwinan selepas mendapat pengesahan daripada Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat.

BACA: Marissa & Aslam Hadir Ke Mahkamah Untuk Pengesahan Nikah Di Songkhla

“Pernikahan mereka adalah sah dari segi hukum syarak dan undang-undang di Malaysia dan boleh didaftarkan.

“Selepas selesai proses ini mereka perlu daftarkan pernikahan pada bila-bila masa pada kadar segera di Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI),” katanya.

Sementara itu, Aslam meluahkan rasa syukur kerana segala urusannya sudah selesai dan pernikahan mereka sudahpun disahkan.

“Alhamdulillah, kes sudah selesai. Kami sudahpun sah (disisi undang-undang Malaysia). Saya tiada apa-apa lagi mahu katakan. Saya haya ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×