fbpx

Mahkamah Putuskan Lafaz Cerai PU Abu Tidak Sah

Kemelut rumahtangga PU Abu Sufyan dan isteri, Ain Afini akhirnya menemui titik nokhtah apabila Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini memutuskan lafaz talak yang dibuat PU Abu menerusi Whatsapp tidak sah.

BACA: PU Abu Mengaku Nikah Dengan Hana Secara Sah Di Malaysia

Keputusan itu dibuat oleh pihak mahkamah selepas PU Abu bersumpah dan mengaku tidak berniat untuk menceraikan isterinya menerusi kiriman pesanan aplikasi Whatsapp pada 13 Mac yang lalu.

“Sejujurnya saya tidaklah berniat secara total untuk melepaskannya melainkan permintaan isteri. Saya masih sayangkan dia, saya masih mahu bersamanya. Tanggungjawab terhadap anak yang berada dalam perut isteri”

“Saya mengakui kesilapan kerana meninggalkan isteri. Saya mohon maaf kepada isteri, keluarga isteri. Saya tidak pernah berniat,” jelasnya kepada Sinar Harian mengenai keputusannya menceraikan isteri.

Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Aini menangis teresak-esak sehingga terpaksa ditenangkan oleh kedua ibu bapanya. Manakala PU Abu pula meninggalkan mahkamah berasingan.

Terdahulu PU Abu menceraikan isterinya yang kini sarat hamil dan difahamkan penceraian itu berlaku kerana memilih untuk bernikah dengan seorang wanita bergelar janda bernama Hana Azraa. (rtky/w)