fbpx

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Farid Kamil

Hari ini mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap kepada Datuk Farid Kamil diatas kegagalannya dan penjaminnya menghadirkan diri pada hari keempat prosiding perbicaraan kes urin

BACA: Polis Sahkan Farid Kamil Positif Dadah Jenis Ganja

Waran tersebut telah dikeluarkan oleh Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Farid dan penjaminnya gagal hadir tanpa sebarang laporan atau sijil sakit dikemukakan kepada pihak mahkamah.

Bagaimanapun Peguam Megat Shazlee yang mewakili Farid cuba untuk memohon membatalkan pengeluaran waran itu sehingga tarikh perbicaraan seterusnya namun gagal bertindak demikian.

“Saya sudah maklumkan kepada Farid semalam namun dia beritahu tidak sempat datang kerana sedang menjalani pengambaran. Saya sudah menjelaskan bahawa ketidakhadrannya tidak disengajakan, sebaliknya dia keliru dengan tarikh ditetapkan,” katanya. (rtky/w)