“Mael Tiada Galang Ganti, Letak Mana-Mana Vokalis Gantikan Tempatnya Tak Akan Sama” – M. Nasir
Jumaat lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian legenda rock yang juga vokalis kumpulan XPDC, Allahyarham Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael XPDC.
Pemergian allahyarham bukan saja dirasai oleh peminat, malah rakan artis termasuk penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M. Nasir yang menyifatkan pemergian Mael merupakan satu kehilangan besar.
BACA: Dato’ M.Nasir Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Dari Universiti Utara Malaysia
Memetik Utusan Online, M,. Nasir berkata allahyarham banyak berjasa buat dunia muzik Rock serta mengatakan penyanyi itu tiada galang ganti.
“Dalam arena muzik Rock tempatan, arwah antara yang unik dan tersendiri. Kita tak boleh nafikan kelebihannya. Disebabkan itu, peminatnya sangat ramai.
“Mael tiada galang gantinya. Dia adalah dia, letaklah mana-mana vokalis untuk menggantikan tempatnya sekalipun, tidak akan sama,” katanya.
Dalam pada itu, M. Nasir berkata impak dibawakan Allahyarham terlalu besar untuk dunia seni tanah air malah mengatakan suara penyanyi itu tiada bandingan.
“Dia bertaraf legenda. Kami tak pernah berbual, tetapi adalah bertegur sapa. Allah kurniakan Mael satu kelebihan yang tiada pada Rockers lain, iaitu suaranya yang tersendiri. Suaranya tiada bandingan,” katanya lagi.
- SUMBER
- Utusan Online
Kdg2 dlm ghairah nk angkat seseorg kita melampau2. Seolah2 dia tu ulamak besar, yg sngt penting kpd umat zmn ni. Tp melayu biasalah. Sembang jek lebih, arwah tu x top pun kt Indonesia ke Asia x mcm Search dan Wings. Xpdc popular sbb zmn Metallica black album jd fenomena muzik era 90an dulu. Dan Xpdc lbh pipular pd zmn tu bila lagu2 metal 60an mula jd trend industry zmn tu. Secara ilmiah, Mael x reti cipta lagu atau lirik pun. Xpdc popular sbb lagu2 JS Kevin yg sblm tu juga popular dgn kmpln Wings! So banding dgn Metallica mrk betul2 buat lagu sendiri, naik dari dunia underground hasil kerja keras mrk hingga jd jutawan skrg! Xpdc pula popular dipentas2 funfair dan Mael punya vokal secara live x power pun bahkan dlm Muzik2 teruk terkucil suaranya!! Jd nk up lebih2 benda yg xde apa2 tu yg wartawan bodoh x penah dengar lagu Xpdc pun tersasul2 sampai kena sound dgn Hattan!
Alif syukri pun ada suara tersendiri, Mael tu kalo nyanyi live selalu hancur! Legend sore hancur ke apa?! Paling sadis dlm Juara Lagu Muzik2 dulu!
B
Rendahnya level lejen kt industry Malaysia ni ye???
Lebih2nyela memuji.dah meninggal baru pakat sibuk nk angkat.aku dgr arwah diundang ke gv dulu buat persembahan teruk sgt dah dia tkleh nyanyi lgsung.suara pun tak keluar.bila masa tiada tandingan ntah.agak2la nk memuji pownn
Cantik bahasa M. Nasir. Lain kali mintak Awani jemput M. Nasir je
This is melayu, ulamak mati pun org buat x tau, mentang retis mati hari jumaat kecuh seluruh socmed mcm laa org penting sngt pd umat melayu ini dah xde. Seolah2 satu kehilangan besar yg xde galang ganti kerana peranan dan sumbangan jasanya sepanjang hayat waktu dia hidup kpd msykt?! Tu yg wartawan pun tersasul2 sbb xtau nk propa apa tntg betapa gahnya dia masa hidup tu yg Hattan sound. JS Kevin adalah org yg menjadikan Xpdc popular! Lagu2 arwah selain lagu2 bersama Wings mmg popular zmn 90an dulu. Mael sendiri bkn vokalis yg hebat. Bnyk suara live dan konsert dia hancur nauh sngt beza dgn vokalis2 rock lain yg masih ada dan dah xde! Legend tang mana ntah laa ….
Perangai sesetengah manusia memang bangsat.. ada saja lah tak kena.. komen baik2 kena kecam.. komen buruk2 pun kena kecam.. dia tak mengulas karang dikata pula M. Nasir adalah masalah dgn arwah.. serba tak kena main dgn sikap manusia nie.. ada sahaja lah benda nak bergaduh.. aishhhh..
Sapa2 retis meninggal..retis lain ckp cam tu…walau masa nyanyi sumbang mambang…
Raikan aje lah pandangan m nasir tentang orang yg dah meninggal. Tak boleh ke?
Kenapa nak banding2 dgn band lain la, dgn ulamak la.
Kau org tahu tak apabila ahli keluarga arwah baca berita2 yg mcm m nasir cakapkan ni sedikit sebanyak menyejukkan hati diorang yg sedang bersedih.
Kalau tak boleh nak berkata yang baik2, lebih harus diam je lah. Baik buruk orang tu arwah dah takde. Bukan dia buat jenayah apa pun jd apa keperluan nak bangkitkan sangat pasal keburukan dia x boleh nyanyi live lah apa lah.
Sekali lagi, apa yg m nasir pujikan tentang arwah bukan untuk arwah baca pun, tapi untuk ahli keluarga arwah yg baca. Mcm ahli keluarga kita meninggal, mestilah kita nak dengar yang baik2 dari rakan2 dia, atau ahli keluarga yg lain tentang arwah. Supaya hati jadi gembira dimasa tgh bersedih.
Pikirlah.
komen2 positif kpd arwah mael adalah satu adab kpd yg telah pergi. X de masalah pun kalau komen yg baik2 walaupun dianggap berlebihan …
Artis sekarang tengok live free je bersepah kat mall , mana berani buat konsert berbayar..tak mcm artis dolu²..
Beliau dah meninggal dunia.. komen yg baik2 je kat arwah.. So, X salah pun M Nasir cakap yg murni2 kat arwah… Semoga arwah tenang di sana…
Sifat manusia iri hati … Cemburu…
Dengki .. khianat …. Dendam …
Pendam ….
Mentaliti stupid ….
Tidak tahu nak bersyukur akan kejadian makluk allah ….
Manusia tak reti nak menerima dengan syukur …..
Ada ajaaa tak kena …..
Mcm lah diri sendiri tu sempurna sangat…
Nak mengkritik aruah ….
Belajarlah menerima…..