Madu Miera Leyana Terkilan Tak Dapat Jumpa Anak Di Hospital
Sejak bulan lalu hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga madu Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib dengan suami, Rosland Othman.
Terbaru, Adibah terkilan tidak dapat bertemu dengan anaknya Anisa, 12 tahun yang kini menerima rawatan di hospital akibat masalah sukar membuang air,
BACA: Masih Sayangkan Rumah Tangga, Madu Miera Leyana Tak Nak Bercerai
Memetik Harian Metro, Adibah berkata sudah sebulan dia tidak dapat bertemu dengan anaknya selepas diambil oleh suami tanpa pengetahuannya pada 11 Februari lalu.
Menurutnya, dia hanya berhubung dengan anak keempatnya itu melalui WhatsApp saja sebelum mengetahui anaknya itu menerima rawatan di Hospital KPJ Damansara.
“Saya pergi ke hospital pada 3 Mac lalu bersama sepupu perempuan kepada dia (Rosland). Saya cakap adik menangis-menangis nak berjumpa Anisa, rindu kakak dia.
“Dia pun pergi masuk ke dalam bilik wad dan masa buka pintu saya sempatlah tengok sikit Anisa dari jauh. Tapi lepas itu dia (Rosland) keluar dan kata Anisa tak nak jumpa saya.
“Saya berasa lemah sangat. Nak melawat anak sendiri di hospital pun kena merayu-rayu. Tolonglah bagi saya melawat Anisa, saya cakap kat dia (Rosland),” katanya.
Difahamkan, Abidah hadir ke mahkamah Syariah Putrajaya bersama dua anak dan kakaknya bagi urusan pelantikan peguam syarie berhubung mana-mana kes di masa akan datang.
Terdahulu, Adibah berkata dia mahu terus pertahankan rumah tangga bersama suaminya meskipun perkahwinan dilanda badai sejak dua tahun lalu.
- SUMBER
- Harian Metro
Ni sekor lg jantan curang tak guna, menunggu pembalasan dalam bentuk bala. Hafidz dah pecah tembelang n dimalukan. Btw, byk bala dikalangan retis lately
Zarizan Fainal, Liera Meyana ni sape pulak?
Liera meyana retis dok berlakon suka ambk laki orng rupanya dlm dunia nyata pun sama,senang artis sekarng jd pelakon tayang muka nmpk laki sapa ii yg kaya sambar ja nak mudh hidp??
Isteri yg bawak kesyurga tak nak, isteri neraka jugak yg didambakan.
Ni lagi terokss dari hapis, sol…at least sol hapiz ni xdelah rampas anak walau poligami.
Kdg wife tension sampai Pukul anak, anak merajuk balik kat bapak dan xnak jumpa mak..hentahler.
Semoga akk ni dipermudahkan segala urusannya.
oi rosland. ko dah sibuk bercinta dgn minah miera tu. dah la.. jangan nak angkut dgn anak kecik ni
org jantan nie klu bab kawin lebih . pandai dia dari ustaz. tapi klu bab tanggungjawab mmg bodoh.
tula turn pakcik plk..leh msk gengSol