Baru-baru ini, nama usahawan Madammu menjadi bualan apabila tular videonya mengenai pemakaian perhiasan pearl atau mutiara.
Menerusi video di TikTok, Madammu menegaskan perhiasan mutiara tidak boleh digayakan dengan pakaian moden.
BACA: Tak Bagi Bayi Mandi Air Paip, Suami Madammu Sanggup Beli Berbotol Mineral
@zueraidah_noir.n000403 Jangan jadi mangsa fesyen ?? #fyp #madammu #lawak
? original sound – ZueRaidahBusinessLeader – Zue Raidah Noir Leader
Menurutnya lagi, pemakaian mutiara hanya sesuai dengan fesyen klasik seperti baju kurung dan tidak ‘masuk’ dengan seluar ranggi.
“Pearl tak pernah boleh masuk dengan moden. Pearl tak boleh masuk dengan seluar ranggi melainkan palazo. Kalau saya nampak pakai pearl dengan jeans (jerit menggelupur), tolong la jangan pakai macam itu.
“Pearl always go dengan klasik dan lembut. Jangan sesekali pakai pearl dengan seluar jeans! Salah! Jangan jadi mangsa fesyen. Geram saya tengok.
“Pearl untuk klasik look. Untuk baju kurung, baju kurung kedah dan baju longgar. Jangan pernah pakai pearl dengan seluar ranggi. Sakit mata tengok,” katanya.
Perkongsian Madammu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana rata-rata berpendapat ianya adalah hak masing-masing untuk bergaya dengan perhiasan tersebut.