Madammu Dipuji Humble & Tak Terjerit-Jerit, Jauh Berbeza Dengan Penaja AJL Terdahulu
Umum mengetahui Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) baru-baru ini ditaja oleh produk kecantikan Noir dan sudah pasti pangasasnya dikenali sebagai Madammu menjadi perhatian ramai.
Malah, ramai penonton memuji sikap merendah diri dan tidak terlalu menonjol Madammu jika dibandingkan dengan usahawan sensasi yang lain.
BACA: Pelukan Angkasa Bergelar Juara Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36)
Menyedari komen yang ditulis netizen, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abd Rashid mengakui malu menerima pujian sedemikian.
“Rasa malu pula bila orang cakap saya humble. Ya saya akui ramai komen membandingkan saya dengan penaja terdahulu tapi biasalah netizen ada sahaja komen mereka, saya terima pujian yang mereka beri itu dengan hati terbuka.
“Bagi saya, masing-masing ada cara tersendiri dalam memasarkan produk mereka tapi untuk saya cukuplah hanya jenama sahaja ke depan, saya ni hanya penaja sahaja dan kita ikut sahaja apa yang sudah diatur penganjur.
“Saya bukan artis atau penyanyi yang bertanding sampai perlu ke depan. Saya penaja jadi hanya duduk dan enjoy the show! Asalkan orang kenal produk saya itu sudah memadai,” katanya.
Sebelum ini tular video Madammu yang dilihat tidak kekok duduk di kerusi penonton serta menolak untuk memberikan ucapan semasa acara berlangsung.
Dalam pada itu, Madammu berkata setiap orang ada cara mereka tersendiri namun baginya dia tidak memerlukan gimik atau drama untuk memasarkan produknya.
“Saya hormat setiap pengasas ada cara mearketing berbeza-beza, tapi ini cara jenama kami. Saya sebagai pengasas kena bawa nama ini mengikut cara kita sendiri.
“Sebenarnya usahawan lain pun okay sahaja, mereka ada cara sendiri. Kami peniaga ni pun sama macam penyanyi, kena ada kreativiti masing-masing.
“Alhamdulillah, tanpa perlu menjerit-jerit pun orang kenal jenama saya. Inilah niat saya mahu bina jenama, tak mahulah kalau saya mati nanti dengan produk pun mati sekali,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Dah lah cantik
sweet je..selalu follow live dia…yg bgus tgk suami dia jenis tegas…tegur mne yg x elok…
Aku suka vida gila tu lagi … Sbb aku bangga dgn supports products timbang kilo dia ..
mak aku ske tgk live madammu, sgop beli produk die pastu suroh aku pakai?, mak alu mmg tiap ari lps solat mst usha live madammu
Yes madammu ni mmg jnis humble. Siapa yang selalu follow live fb dia mesti tau.
maksud Noir ni black. hitam. celah mana la kalau nak pakai kau nak cantik jelita? sampahh
Berapa madammung tu bayar korang kat atas ni?
Ayo TV3suku sejak zaman SENARIO lagi kalau ada product tajaan dia punya sebut product tu melampau lampau.
Macam setiap line dialogue and setiap saat pengacara kena sebut product tu.
Dah jadi macam rancangan BODOH kena sebut product setiap saat.
Kat UK, Coca Cola taja rancangan bola, masa break je iklan Coke, pastu takde pengacara BATAK kena sebut product setiap saat. Letak je gelas Coke atas meja.
BODOH TV Malaysia dengan product tajaan tak kesudahan bertahun tahun.
Bila la TV kat Malaysia nak pandai.
sponser AJL tapi tak educate produk engko.. pebende tah posing2 kiri kanan kiri kanan kau ingat kau jual baju keee.. sedeyyy