fbpx

“Macam Lah Baru First Time Dengar Orang Nyanyi Sumbang”

Pemuzik dan pengarah muzik terkenal, Datuk Mokhzani Ismail turut tampil memberi respon mengenai nyanyian kumpulan The Gadys yang sumbang dalam sebuah majlis anugerah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mokhzani berkata program tersebut merupakan acara luar tajaan penerbitan stesen RTM dan pihak penganjur yang mencari artis.

BACA: Kesilapan Teknikal Punca The Gadys Menyanyi Sumbang

“Bila ramai sangat yang DM tanya macam mana kumpulan The Gadys viral lagu Cinta Sampai Ke Ethopia tu boleh terlepas dalam TV.

“Itu program penerbitan luar tajaan RTM, bab artis ni semua penganjur yang carikan. Tak ada band, musicians atau MD terlibat hanya pakai minus one. 

“Macam contoh kita cover program di kampung Sejangkang lah kadang dalam 10 ada satu yang ke longkang itu biasalah yang luar biasa dalam 10, 11 yang masuk longkang,” tulisnya.

Sementara itu, Mokhzani berkata video tular itu juga dapat dijadikan iktibar serta membuka mata The Gadys untuk mengambil kelas vokal.

“Tak payah nak kecoh sangatlah macam lah baru first time dengar orang nyanyi sumbang. Pandai depalah nak pi belajar. Agak-agak sumbang tahap mahram tu korang tutup je telinga atau TV 

“Biarlah depa at least ada gak sumbangan depa. Sekali sekala kena biar juga terlepas supaya telinga korang dapat dididik juga…kita move on la sambil healing,” tulisnya.