fbpx

“Maaf, Mungkin Saya Tak Sempurna Di Mata Awak”

Sejak malam tadi hangat diperkatakan mengenai wanita didakwa menjadi orang ketiga rumah tangga pelakon Hafidz Rosdhi dan isteri, Nurul Shuhada dikatakan seorang wanita berhijab bernama Athira Yuhada.

Memetik Harian Metro, menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, isteri kepada pelakon itu memuat naik gambar  bersama suaminya dengan luahan yang menyentuh jiwa.

BACA: “Kita Tutup Aib Orang, Allah Tutup Aib Kita…” – Wanita Didakwa Kekasih Hafidz Roshdi Titip Pesanan

“Maaf, mungkin saya tak sempurna di mata awak. Tapi, saya pernah ada di sisi saat awak memerlukan,” tulisnya.

Difahamkan, beberapa jam selepas itu Shuhada dilihat ada memuat naik video Hafidz bersama anak-anak mereka dengan kapsyen doa akan dikekalkan hubungan bahagia.

“Ya Allah, redakanlah setiap jalan episod keluarga ini. Kekalkanlah hubungan kebahagiaan hingga ke syurga-Mu. Amin,” tulisnya.

Tengah hari tadi, Hafidz dilihat ada memuat naik perkongsian di Instagram mengatakan setiap manusia melakukan kesilapan dan Allah itu Maha Pengampun.

“Setiap daripada kita manusia melakukan kesalahan. Tapi, ingat. Allah Maha Pengampun. Jahat macam mana pun kita, jangan kita tinggal solat,” tulisnya.