Lutut Terseliuh, Elly Mazlein Datang Berkerusi Roda Hoskan GV9
Meskipun mengalami kecederaan kaki, namun ia tidak menghalang pengacara Elly Mazlein untuk menjalankan tugas di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan pada malam ini.
Difahamkan, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom mengalami kecederaan lutut ketika menjalani penggambaran sebuah drama petang tadi.
BACA: Beza Usia 10 Tahun, Elly Mazlein Sambut Hari Jadi Suami Ke-32
Di awal rancangan GV sebentar tadi, Kak Lina muncul di pentas bersama rakan pengacaranya, Nabil Ahmad menyampaikan lagi Senyuman Ragamu.
@d4fordanny Apa jadi #kaklinapompom berkerusi roda. #gv9 #gegarvaganza #foryou #nabil #tokram
Menerusi perkongsian di Instagram, Kak Lina mengucapkan terima kasih kepada penerbit, Shahrulezad Mohameddin dan Fazli Bahrom serta kru produksi Radius One kerana membantunya.
View this post on Instagram
Dalam entri tersebut, Kak Lina memaklumkan bahawa kecederaan yang dialaminya itu tidak terlalu serius. Bagaimanapun, Elly tidak menjelaskan lebih lanjut bagaimana insiden itu berlaku.
- SUMBER
- Astro Gempak