fbpx

Lupa Nak End Live, Netizen Terhibur Tengok Sajat Tidur Berdengkur

Meskipun sudah berhijrah ke Australia, namun masih ramai netizen masih mengikuti perkembangan Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Malah, sejak kebelakangan ini perkongsian video atau sesi Live Sajat sering membuatkan ramai terhibur dengan gelagat lucunya yang bersahaja.

BACA: Sekian Lama Terpisah, Sajat Menangis Nak Jumpa Anak-Anak Di Singapura

Baru-baru ini, nama Sajat menjadi bualan apabila terlupa untuk menamatkan sesi Live di TikTok dan dilihat sedang tidur lena.

@rolexnotforex

@nursajat85 asmr dari sajat #sajat #nursajat #nursajat23 #sajatkelakar #fyp #tiktokmalaysia

? DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX

Sesi Sajat tidur secara siaran langsung itu juga sempat dirakam oleh pengguna TikTok lain dan memuat naik semula untuk tontonan ramai.

Ketika sesi siaran langsung itu, seramai lebih 3,000 pengguna sedang menonton. Difahamkan sesi Live tersebut turut tersekat beberapa kali kerana ada rakannya membuat panggilan telefon untuk mengejutkan Sajat.

Dalam pada itu, ramai yang terhibur dengan gelagat Sajat yang terlalu lena sehingga berdengkur. Malah, ada netizen tertanya-tanya bagaimana Sajat menamatkan sesi Live itu memandangkan dia sedang tidur.