fbpx

Luna Maya Pernah Kehabisan Wang, Tinggal RM25 Dalam Bank

Mengakui kehidupan seorang artis tidaklah sekaya seperti yang disangka, pelakon Luna Maya mendedahkan dia pernah berdepan kesukaran apabila wang dalam akaun banknya hanya tinggal RM25 (89,000 Rupiah) sahaja.

Dalam temubual bersama Ayu Dewi, Luna ditanya bilakah kali terakhir dia tidak mempunyai duit. Berkongsi cerita mengenai perkara tu, Luna berkata dia pernah terkejut apabila ada satu ketika mengetahui tidak mempunyai wang yang cukup.

BACA: Luna Maya Mengaku Suka Bau Kentut Sendiri

“Orang selalu ingat artis itu banyak duit, tak pernah habis duit. Hakikatnya, tidak ya. Saya pernah ya dalam akaun bank saya cuma tinggal 89,000 Rupiah (RM25) sahaja,” jawabnya.

Bagaimanapun, Luna menjelaskn menjelaskan wangnya dalam akaun susut disebabkan membayar bil telefon dan bukannya faktor lain termasuk dicuri.

“Bukan (dicuri) tapi habis, transfer, transfer, transfer! lepas itu lihat sudah tiada duitnya.

“Memang baki wang tinggal itu sahaja, iyalah sekarang buat pemindahan wang guna telefon bimbit. Selepas lihat baki baru tahu duit saya tak banyak,” katanya.