fbpx

Luna Maya Mengaku Suka Bau Kentut Sendiri

Setiap daripada kita pasti ada tabiat pelik yang orang lain tak tahu. Namun pelakon Indonesia, Luna Maya tidak malu untuk mengaku bahawa dia suka menghidu bau kentutnya sendiri.

Perkara itu didedahkan oleh Luna ketika ditanya oleh pelakon Indonesia Boy William dalam satu video yang dimuat naik di saluran YouTube Luna Maya yang ditayangkan baru-baru ini.

BACA: Ibu SM Faisal Tujukan Ucapan Buat Luna Maya

Menerusi video itu, Boy William menjawab beberapa pertanyaan peribadi daripada Luna dan mendedahkan dirinya suka mencium bau kentut sendiri. Ianya turut diakui oleh Luna Maya yang juga suka menghidu kentut sendiri.

“Sukalah, pasti semua orang suka bau kentutnya sendiri,” kata Luna.

Malah, Luna juga secara spontan menunjukkan bagaimana dia menghidu dan menikmati bau kentutnya. Gelagat Luna apabila dia menoleh ke belakang dan mencium bau kentutnya itu membuatkan kedua-dua mereka ketawa besar.

Dalam pada itu, Luna Maya juga mengaku pernah terkencing di atas katil. Katanya, ketika itu dia terlalu penat dengan kerja dan jadual seharian yang sangat padat.