Lufya Omar Dikecam Bawa Anak Keluar Beli Baju Raya
Meskipun kerajaan kini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dimana lebih banyak kelonggaran dibuat, namun rakyat masih perlu berhati-hati lebih-lebih apabila hendak keluar rumah.
Malah, warga emas dan kanak-kanak dinasihatkan kekal di rumah kerana bimbang mudah terdedah dengan wabak COVID-19. Bagaimanapun, tindakan Lufya Omar membawa anaknya, Lanaa Haura keluar ke tempat awam dikecam netizen.
BACA: Suami Minta Lufya Omar Perbaiki Diri Di Bulan Ramadan
Menerusi perkongsian di Instagram, Lufya berkata dia terpaksa membawa anaknya keluar untuk mencari barang keperluan dan baju raya kerana tiada siapa boleh menjaganya di rumah.
Melihat keadaan sekarang yang bahaya untuk kanak-kanak, seorang netizen menegur tindakan pelakon itu yang mendedahkan anak kepada risiko jangkitan COVID-19 meskipun sudah memakai alat perlindungan diri.
Tidak hanya berdiam diri, Lufya tampil membalas komen menempelak netizen tersebut. Lufya menjelaskan keadaan yang memaksa dia untuk membawa juga Laana keluar.
“Puting, botol semua dah pecah, pampers pun habis… tak ada siapa nak jaga dekat rumah! Aduhai mak akan buat apa yang termampu,” katanya.
Dalam pada itu, Lufya berkata dia sudah mengambil langkah penjagaan awal sebelum keluar rumah serta berterima kasih kepada netizen yang mendoakan keselamatannya.
- SUMBER
- mStar Online
Artis mana pernah salah…. lol
Habis tu beraya dlm daerah sama boleh pulak berkumpul ramai-ramai? Pergi pasar bersesak-sesak okay jer. Beli juadah ko x nmpk? X phm dgn undang2 kartun kjaan tebok bumbung ni. Ko igt sume org ada maid ker?
Pkpb ni mcm no efek pun…. tunggu jer mlm raya highway mesti penoh. Mesti jammed punya.
Tepok dada tanye selera. Bkn smua org ada kelebihan budak ada penjaga kt rumah mau x mau terpaksa klau tk mmg dapur xberasap le.
Tak semua org ada maid, kerajaan patut fikir jgk single parents, tkde org jaga anak, work from home not so easy for single parents, lagi nak masak lagi nak tlg anak dgn keje skolah..lagi2 budak2 yg duduk dlm flat kecik rumah tkde garden sendiri tkde pool sendiri, kesian dah lama terperuk dlm rumah mestilah rimas..yg ada maid ada rumah besar tak payah lah menyibok..WHO dah ckp covid 19 will not go away so we cannot hide in our houses forever.
X penting pun baju raya tp artis mesti nak update lebih pd org kan dlm ig bagai tu je tujuan nye.. ko ghaser?
Tinggal je kjp jt rumah saudara atau jiran. 2 jm pun anak ko meraung kew?
Rakyat Malaysia sekalian,
Dr. Hisham risau kesihatan rakyat, tuan badan relax je… sampaikan polis + tentera kena tolong jaga supaya semua sihat, tak malu ke? Tak mati pun kalu x beraya.
Penjaja lain apo cito ? Harap lopeh rayo bolih niago – malaysia ni bukan negaro paling kayo kek dunio pun – ramai lgi yg susah – negaro yg kayo pun bantu rakyat eh yg susah utk cari rezeki
Lufya, will you marry me?
Muka abah dia Lanaa ni..mesti lawa besar nanti…
Dramatiknya botol pecah….artis ni mmg menipu je kerjanya