fbpx

Lucinta Luna Mengaku Tipu Hamil, Pelik Ada Yang Percaya

Baru-baru ini, nama penyanyi Indonesia iaitu Lucinta Luna menjadi menjadi bualan ramai apabila mendakwa dirinya berbadan dua selepas membuat ujian kehamilan.

Bagaimanapun, Lucinta atau nama sebenarnya Muhamad Fattah akhirnya mengakui dirinya tidak hamil dan hanya berlakon untuk konten semata-mata. Kata Lucinta lagi, dia tidak menyangka ada yang percaya dengan ‘cerita kehamilannya’ itu sedangkan tahu bahawa jantinanya lelaki.

BACA: Tak Sampai Sebulan Mengaku Hamil, Lucinta Luna Tayang Perut Dah Besar

“Jadi hamilnya hamil di luar nalar, bukan di luar nikah. Udah sih anggap aja komedian. Semua serba halu, udah sih anggap aja semua komedi, ngapain dibaper-baperin.

“Padahal sebagian orang udah tahu siapa gue ya, tapi masih ada aja orang yang percaya ya,” katanya sambil tertawa.

Kata Lucinta lagi, dia mendapat idea untuk mencipta kehamilan palsu selepas terinspirasi dengan berita kehamilan selebriti besar Indonesia, iaitu isteri kepada Raffi Ahmad, Nagita Slavina.

Dalam pada itu, Lucinta mengkaui kekasihnya tidak tahu identiti sebenarnya dan dia sememangnya mencari lelaki yang tidak mengetahui bahawa dirinya transgender.

“Ya memang bulenya yang suka sama aku ya aku kan udah gak laku disini. Aku cari bule yang gak tau latar belakang aku. Iya (Idris) gak tau. Baru aja aku kenalkan ke publis, banyak cewek yang DM dia dan tidak digubris.

“Aku dikasih uang Rp100 juta dan habis beli diamond kan. Dikasih dia lagi segepok. Nah itu yang buat cewek suka, ganteng, body atletis, semua jadi satu makanya ratu sawer tergila-gila,” katanya.