fbpx

Luah Rasa Tenang, Ameera Khan Sudah Berhijab?

Disaat rata-rata peminat hiburan tanah air menantikan detik majlis pernikahan kakaknya, adiknya iaitu Ameera Khan pula yang menjadi bualan ramai.

Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, Ameera mengejutkan netizen apabila memuat naik gambarnya memakai hijab.

BACA:

Menerusi entri itu, Ameera turut sertakan kapsyen ‘hari pertama perjalanan baru’. Perkongsian itu sekaligus mengundang tanda tanya adakah Ameera sudah berhijab.

Dalam pada itu, menerusi Insta Story Ameera turut memuat naik gambar sama serta status meluahkan rasa tenang.

“Akhirnya, rasa sangat tenang dan lengkap. Alhamdulillah,” tulisnya.

Diruangan komen, kakak kepada Ameera iaitu Athisha Khan turut meninggalkan komen meluahkan rasa syukur.

Dalam pada itu, ramai yang turut menzahirkan rasa syukur dan memuji penampilan terbaru Ameera serta mendoakan agar gadis itu terus istiqamah.