fbpx

“Lu Sengat Wa, Wa Sengat Lu Balik”

“Kasi sengat!!! Lu rembat wa, wa rembat lu!” – begitulah bunyi laporan daripada Harian Metro setelah Sofi Jikan dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini (Jumaat).

BACA: Polis: Taj Innuendo, Firdaus Sila Serah Diri

“Ini ujian Allah dan kita semua insan yang lemah… no komen,” katanya kepada portal berita tersebut di pejabat Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Sementara itu ketika ditanya bagaimana hubungan di antara Sofi Jikan dan Farid Kamil, jawapan pelakon ini hanya satu – hanya Tuhan saja yang tahu.

Sebelum ini, Sofi Jikan ditahan reman selama tiga hari bermula Rabu lalu untuk membantu siasatan apabila didapati positif dadah jenis ganja. Buat masa ini, Sofi dibebaskan dengan jaminan polis.

Dalam perkembangan lain pula, pihak polis juga turut menggesa dua lagi rakan yang didakwa meletakkan dadah di dalam minuman Farid untuk tampil iaitu Taj Innuendo seorang lagi individu yang dikenali sebagai Firdaus tampil menyerah diri bagi membantu siasatan. (rtky/s)