Pelakon Syatilla Melvin kini hamil anak ketiga, pelakon Shaheizy Sam sanggup membawa keluarganya pindah ke sebuah hotel gara-gara isterinya mengalami alahan loya melihat rumahnya sendiri.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shaheizy berkongsikan video memaparkan kakitangan hotel mengangkut barangan yang dibawa dari rumah masuk ke bilik hotel.
BACA: Hamil Anak Ketiga, Syatilla Melvin Loya Tengok Rumah Sendiri
View this post on Instagram
“Nak melayan kerenah ibu mengandung punya pasal. Macam mana ni? Sampai bila agaknya,” tulisnya.
Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Sam memuat naik video memaparkan isterinya kembali cerita apabila berada di tempat lain daripada rumah mereka sendiri.
View this post on Instagram
Dalam satu entri, Syatilla turut berkongsikan mengenai alahannya yang pelik itu dimana dia tidak pernah alami sebelum ini sehinggakan badannya lemah. Syatilla turut mengucapkan terima kasih buat suaminya yang sentiasa berada di sisi serta sanggup bersusah demi dirinya.
View this post on Instagram
“Rasa hidup takdak kualiti duduk tengok perabot rumah, nak buat semua benda tak jadi, lembik longlai badan. Demi Allah ni pertama kali Tilla ada alahan macam ni.
“Kali ni sangat2 luar biasa, rasa serik pun ada. Insyaallah doakan baby nombor tiga ni sihat sempurna sifat. Itu paling penting.
“Terima kasih suamiku yang sentiasa setia ada di mana2, aku tidur kat bawah dia ikut, tidur atas dia ikut, tidur kat ruang tamu dia ikut. Ni baru la namanya kerjasama selamanya! Sayang awak,” katanya.
Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy, 2.