fbpx

Liyana Jasmay Kongsi Tips Turun 4 Kg Dalam Tempoh 23 Hari

Setiap wanita pasti impikan bentuk badan langsing dan berat badan idaman. Baru-baru ini, pelakon Liyana Jasmay berkongsikan caranya menurunkan berat badan dalam masa 23 hari tanpa mengambil sebarang suplemen mahupun ubat kurus.

Berkongsikan di Instagram, Liyana berkata dia hanya mengamalkan diet seimbang tanpa mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula. Akui pada mulanya pening kepala dan menggigil namun dia bertahan untuk mencapai berat badan 49kg.

BACA: Kaki Jadi Besar Lepas Bersalin, Liyana Jasmay Jual Kasut Jenama Mewah

“Selepas 23 hari diet tiada karbohidrat dan gula. Sasaran saya adalah 49 kilogram dan saya sangat gembiran lagi 0.3 kilogram sahaja lagi untuk sampai sasaran.

“Daripada 53 kilogram, saya tidak mengambil sebarang pil atau makanan tambahan. Saya hanya buang semua karbohidrat dan gula. Permulaan yang sukar, hari kelima saya gigil dan pening tapi teruskan juga,” katanya.

Dalam pada itu, Liyana memberitahu perkongsiannya itu adalah untuk memberi semangat kepada semua wanita di luar sana yang ingin menurunkan berat badan tanpa mengambil ubat kurus yang hanya membahayakan diri.

“Kenapa saya kongsi semua ini? Untuk beri semangat kepada wanita di luar sana, percayalah bahawa tiada makanan tambahan atau pil atau apa air mampu membuatkan anda kurus.

“Tiada jalan singkat, jalan pintas bahaya. Kita hanya perlu ada kemahuan dan jiwa yang kuat. Dalam keadaan macam mana pun, apa saja kita nak capai dalam hidup perlu ada kekuatan,” katanya.