Kaki Jadi Besar Lepas Bersalin, Liyana Jasmay Jual Kasut Jenama Mewah
Sudah lama rasanya kita tak dengar cerita mengenai pelakon Liyana Jasmay. Baru-baru ini, Liyana memberitahu berlaku perubahan saiz kakinya selepas melahirkan anak pertama iaitu Sofia Arissa pada 2014.
Liyana berkata disebabkan itu dia terpaksa menjual beberapa pasang kasut berjenama kesayangannya kerana tidak lagi boleh dipakai. Menurut Liyana, sesiapa yang berminat boleh menghantar mesej di Instagram miliknya.
BACA: Pulang Dari Australia, Liyana Jasmay Sedia Kuarantin Diri
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Liyana berkata sebelum ini dia memakai saiz 35 tetapi kini kakinya semakin membesar menjadi saiz 36.5.
“Selepas beranakkan Sofia, kaki saya besar jadi saiz 36.5. Kasut ini sangat berharga bagi saya sebab itu lama saya fikir nak jual ke tak. Jika ada antara anda yang kaki saiz 35.5 boleh DM saya jika anda betul-betul berminat,” tulisnya.
Liyana turut berkongsikan video beberapa pasang kasut berjenama miliknya yang masih berada dalam keadaan baik. Malah, ada di antara kasut berkenaan di beli dari luar negara. Bagaimanapun, Liyana tidak meletakkan harga kasut yang ingin dijualnya itu.
byk brg jenama luar negara byk tutup n muflis.. so cpt2 la jual sbelum brg brand x laku..harga jatuh mendadak..
preggie forever ke dear. kaki tu kan kecik semula lps baby dah keluar nnti. kasut bkn perishable. why perlu jual. simpan je lg 6 bulan dh boleh pakai semula.
Nnti boleh kmbli normal kaki tu. Why terdesak sgt..why..cer kongsi sama2.
Buatlh amal jariah..sedokah je..
muka kat atas tu mcm baru high aja..apa kehal
Fakta sains : saiz kaki biasanya akan membesar wpun pertumbuhan kita (tinggi) dah stop. Sila google utk maklumat lanjut.
kakinya jadi besar selepas lari di kejar orang sabah dulu.
kakinya jadi besar selepas lari di kejar orang sabah dulu hingga terbang tudungnya terus orang sabah tertarik