fbpx

Liyana Jasmay Kembali Sibuk Selepas Habis Pantang

Kesibukan menguruskan anak selepas kelahiran bayi kedua tidak mengganggu tumpuan Liyana Jasmay untuk kembali aktif didalam kerjayanya didalam bidang perniagaan, Mermaid Luxe dan produksinya, Mermaid Studios.

BACA: Selena Fathuddin Nama Anak Kedua Liyana Jasmay

“Alhamdulillah kerana Selena tidak banyak ragam, begitu juga anak sulung, Sofia Arissa. Jadi, ia memudahkan saya kembali memberikan fokus kepada kerja. Mungkin kerana sudah lama berehat, saya tidak sabar untuk kembali bekerja. Bayangkan sehari selepas selesai berpantang, saya terus ke pejabat menguruskan apa yang perlu”

“Ketika sarat mengandung dan selepas itu melahirkan anak serta berpantang, banyak projek yang dirancang tertangguh. Syukur semuanya kini kembali berjalan dengan baik. Selain perniagaan, fokus saya kepada kerjaya seni juga tidak dilupakan. Insya-Allah, bulan depan saya akan muncul dengan single terbaharu,” jelasnya kepada portal Berita Harian.

Dalam pada itu, Liyana yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya pada 28 Mac ini turut disambut meriah dikalangan teman rapatnya serta stokis Mermaid Luxe di buktiknya sebentar tadi.

Kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar sekitar majlis sambutan hari lahir Liyana berlangsung. Enjoice! (rkty/w)

Gambar Ihsan: Fotocantikstudio