Sudah Buka Tudung, Liyana Jasmay Enggan Komen
Boleh dikatakan ramai sudah menjangka pelakon, Liyana Jasmay akan membuka tudung apabila sebelum ini beliau kerap memuat naik video tidak lagi berhijab serta hanya memakai snowcap sahaja tanpa hijab.
BACA: Liyana Jasmay Berang Caranya Bertudung Dikritik
Akhirnya tampil memuat naik gambar tanpa tudung lagi, Liyana Jasmay enggan memberikan komen lanjut apabila ditanyakan mengenai perkara itu. Jelasnya beliau akan memberikan komen berkaitan dengan kerjayanya sahaja.
“Kalau bukan mengenai kerja atau kerjaya saya, saya tak mahu komen . Saya hanya akan memberikan kenyataan jika berkaitan kerja saja,” jawabnya ringkas kepada Harian Metro mengenai penampilan barunya.
Gambar yang dimuat naik di Instagram itu rata-rata mendapat kecaman teruk dari netizen selain ada yang sudah dapat menghidu perkara itu akan terjadi. Ramai juga mendakwa tiada ‘job’ merupakan sebab Liyana membuka tudung.
Terdahulu, style tudung Liyana dikritik seakan mempermainkan agama apabila beliau sering memakai snowcap. Tidak berdiam diri, Liyana membidas netizen tidak mengetahui fesyen dan berfikiran kampung. (rtky/w)
- SUMBER
- Harian Metro
orang berfikiran city ni lain benar ye. sama fikiran mcm cha cha bikini dicium ipar pilot kuat agama.
tak takut ke rambut ditarik oleh Orang Sabah?
Boikot je retis macam ni sama juga dengan penerbit yang akan ambil dia kerja nanti.
season retis buka tudung x kira tua muda…. alahaiiii fesyen sgt.. moga dpt hidayah dr Allah ye
Aku lagi takot dgn kes liwat bdak2 tahfiz, hari2 mengajar Alquran pun belom tentu boleh kawal nafsu, smg dpt hidayah juga yg berjubah berserban ye
Yg kes tahfiz tu ko jgn nk bg org kelru. Byk parents yg dh x tahu nk buat apa didik anak yg mcm syaiton .pergi hntr bdk tu ke tahfiz. Yg bdk2 yg gini yg buat busuk nama tahfiz. Kes liwat bkn hnye di tahfiz , di tempat ibadat agama lain pun ada. Ko buat2 x nmpk ke sis.
Makin hodoh laaa ni
Labu, kau miss the point, kau tak paham sebenarnya ape yg aku ckp..yg tutup tk bererti baik yg terdedah tak bererti buruk. Allah saje yg maha mengetahui, kita tak tau ape2 sebenarnya, manusia hanya suka menilai secara luaran saje.baguslah baca alquran, cuba fahami isi kandungan alquran pulak..buat ape nak ckp pasal agama lain itu dia kafir dia punya psl nak buat ape..