fbpx

Live Tweet: Shout! Awards 2010

Jika tahun lepas, kami berada di’rumah dengan tekun menulis setiap satu perkembangan majlis Shout! Awards, tahun ini nampaknya kami tidak mampu untuk berbuat demikian.

Ini adalah kerana kami akan berada bersama-sama mereka di Stadium Putra, Bukit Jalil, KL malam esok untuk majlis gilang gemilang ini.

Tetapi kepada mereka yang tidak dapat mengikuti siaran secara langsung di kaca televisyen, kami sediakan laman Live Tweet untuk perkembangan terkini Shout! Awards 2010.

Jika anda mempunyai Twitter, gunakan #shoutawards sebagai hashtag rasmi majlis anugerah ini untuk sama-sama update berita terkini melalui Twitter.

Jika anda berada di Stadium Putra esok malam, cari kami si jejaka & gadis berbaju sedondon hitam. Kami juga akan berada di majlis selepas majlis bersama selebriti. Say hi to us!