fbpx

Live Bersama Datuk Red, Ibu Neelofa Raih Jualan RM100,000 Di TikTok

Nampaknya rezeki suami kepada Adira Suhaimi iaitu Datuk Red melimpah ruah selepas tular kisahnya tiada kerja selama lima tahun serta mengakui muflis sejak tahun 2019.

Terbaru, Datin Noor Kartini yang juga ibu kepada selebriti telah menjemput Datuk Red untuk membuat sesi live TikTok bersama-sama.

BACA: Datuk Red Raih RM78,000 Sehari Jual Biskut Raya

Menurut Datin Kartini, ketika sesi live tersebut berjaya mendapat lebih RM100,000 dengan menjual beberapa jenis produk seperti Daging Harimau Menangis, serunding dan minuman teh kesihatan.

“Alhamdulillah berkesempatan live dengan Dato’ Red semalam. Alhamdulillah sales semalam live dengan Dato’ Red mencecah RM100 ribu lebih.  Terima kasih Dato Red sudi live dengan mama, mama doakan yang baik-baik untuk Dato,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Red dilihat turut meninggalkan komen mengucapkan terima kasih kepada Datin Noor Kartini kerana sudi menjemputnya serta memohon maaf jika ada terkasar bahasa.

“Terima kasih mama. Maaf semalam saya kena gerak cepat. Semoga mama dimurahkan rezeki dan saya minta maaf jika semalam saya ada terkasar bahasa, InshaAllah,” katanya.