fbpx

Untuk 24 jam yang lepas, rakyat Malaysia yang aktif di Twitter sibuk berbicara tentang Sharifah Zohra Jabeen yang tampil di Forum Suara Mahasiswa di sebuah universiti tempatan.

Sharifah Zohra Jabeen merupakan presiden kepada Pertubuhan Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) & kehadiran beliau di forum mahasiswa tersebut menarik perhatian ramai kerana kelantangan beliau berhujah tanpa asas.

Ini termasuklah membandingkan masalah rakyat Malaysia dengan masalah yang di’hadapi oleh kucing, anjing & tikus apabila di’ajukan soalan oleh salah seorang mahasiswa yang berani ke hadapan.

Anda boleh tonton aksi Sharifah Zohra Jabeen dalam sebuah video di Youtube yang berdurasi hampir 25 minit — tabahkan hati.

Hari ini, pengarah filem penuh kontroversi Namewee telah tampil dengan sebuah video parodi Sharifah Zohra Jabeen merumuskan kata kata wanita tersebut dalam masa 3 minit. Tonton dengan pertimbangan rasional dan mungkin tidak sesuai untuk kanak kanak.