Baru-baru ini, perkongsian pelakon Fauzi Nawawi menjadi perhatian apabila memaparkan aktor itu sebak ketika menghantar isterinya, Lisdawati menunaikan ibadah Haji.
Memetik mStar Online, Fauzi berkata dia sebak kerana isterinya itu ada meninggalkan pesanan meminta menjaga anak jika dia tidak kembali sebelum berangkat ke Tahah Suci Mekah. Malah, Fauzi berkata dia tidak pernah berjauhan lama dengan isterinya itu.
BACA: Cabaran Rumah Tangga, 8 Tahun Lisdawati Hadap Sikap Baran Fauzi Nawawi
View this post on Instagram
“Dia ada tinggalkan pesanan sebelum pergi tu, kalau dia pergi tak kembali jadi dia minta saya jaga anak-anak dan jaga keluarga dengan baik dan itu buatkan saya sebak sebab kebanyakan yang pergi sana semua berniat untuk meninggal dunia di tanah suci Mekah.
“Siapa je tak sebakkan? Saya tak pernah berenggang lama dengannya. Isteri pergi selama 46 hari, dia (Lisdawati) dapat keputusan pergi pun mengejut daripada pihak Tabung Haji dan tawaran itu tak boleh nak lepaskan,” katanya.
Dalam pada itu, Fauzi berkata dia yang menguruskan anak-anak di rumah serta persekolahan mereka sepanjang isterinya mengerjakan ibadah Haji.
“Saya tak mampu nak ikut isteri cuma saya boleh doakan sebab tak ada orang nak uruskan anak-anak dekat rumah, walaupun hati tu berat tapi saya paksa diri untuk relakkan,” katanya.