fbpx

Lisa Surihani Tuntut Bayaran Kerja Lebih Masa Untuk Artis Tempatan

Bukan calang calang lonjakan populariti Lisa Surihani selepas berjayanya filem Istanbul, Aku Datang di pawagam bulan lalu,  khabarnya semakin di'hujani tawaran berlakon.

Kalau anda belum sempat untuk pergi menonton filem arahan Bernard Chauly ini, filem yang berlatar belakang kota Istanbul itu sudah boleh di'tonton melalui Astro First & edaran DVD.

Itu kisah filem lakonan beliau. Baru baru ini bercakap kepada

Sinar Harian, Lisa Surihani luahkan rasa prihatin beliau tentang cara bayaran & masa bekerja artis tempatan ketika ini.

“Sebagai pelakon, kami bekerja lebih daripada 12 jam sehari dan ada kalanya sehari suntuk. Jadi, ia merugikan kami kerana waktu bekerja tidak tetap dan sentiasa lebih dari 12 jam”

“Kami tidak mempunyai waktu bekerja sedang di USA, mereka mendapat kelebihan ini. Sekiranya masa bekerja 12 jam sehari, selepas waktu itu ia dikira sebagai kerja lebih masa (OT) yang perlu dibayar produksi,” ujar Lisa Surihani lagi.

Menurut Lisa Surihani lagi, jika perkara ini di'laksanakan, pihak produksi akan lebih berhati hati dalam perancangan dan akan cuba untuk menyiapkan kerja dalam masa yang di'tetapkan.

zp8497586rq