fbpx

Lisa Surihani & Shaheizy Sam Kini Duta WeChat

Di zaman peredaran teknologi yang semakin canggih tiada apa yang mustahil, selepas kewujudan aplikasi seperti Twitter, Instagram, Keek dan yang terbaru aplikasi WeChat menemui pengguna di Malaysia.

Baru-baru ini telah brlangsungnya pelancaran aplikasi ini di Malaysia yang turut dihadiri Lisa Surihani dan juga Shaheizy Sam.

Turut sama ditayangkan tiga video klip WeChat di dalam Bahasa Malaysia.

Bermula Jun tahun lalu aplikasi ini boleh digunakan untuk sembang secara langsung, suara, video, gambar dan menghantar pesanan ringkas sehingga mendapat respon dari ramai pengguna setia iOS dan juga Android sehingga mendapat kedudukan paling tinggi untuk aplikasi percuma.

Turut bekerjasama di dalam projek memperkenalkan WeChat ini di Malaysia, salah satu syarikat gergasi turut bekerjasama dengan memberikan voucer RM1 bagi setiap pembelian kedua Domino’s Pizza Malaysia & Singapura.

Selain Bahasa Malaysia, terdapat 17 bahasa lain yang terdapat pada aplikasi ini termasuk Bahasa Inggeris, Cina, Indonesia, Portugis, Thai dan Rusia.