Lisa Surihani Mohon Akaun Instagram Palsu Anaknya Dipadam
Berita mengenai kelahiran anak Yusry KRU dan juga Lisa Surihani sememangnya antara yang ditunggu namun sebaik sahaja nama anak pasangan ini diumumkan, terus ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menggunakan nama tersebut untuk membuka akaun baru di laman Instagram.
BACA: Lisa Surihani, Yusry KRU Pilih Nama Yahaira Leanne
“This is a FAKE account. Hope the person who created it will respect and delete the account. Thank you,” pinta Lisa dalam satu muatnaik di Instagram beserta gambar akaun tersebut. Malah rata-rata komen mengeji tindakan akaun tersebut.
Nampaknya ketika ini Lisa perlu menempuhi pelbagai dugaan berkaitan anaknya. Jika sebelum ini berita palsu mengenai gambar anak sulungnya itu juga turut tersebar kini perkara sebegini pula muncul.
Bagaimanapun, isu mengenai individu mewujudkan akaun Instagram anak artis telah pun bermula sekian lama malah baru-baru ini akaun yang menggunakan nama anak Awal Ashaari turut digunakan untuk menghentam Sharnaaz di Instagram. Semoga Lisa dan juga Yusry bijak menangani masalah ini. (rtky/s)
Comelnya Aisyah…apa kabar Che Ta? Lama betol dia di Sydney tu….
KORANG ADA TAK PETUA NAK HILANGKAN LEMAK KAT DAGU TAK…………………..DAGU KAK TIJA BERLAPIS NI……………………….TAK CANTIK PAKAI TUDONG…………………………
kesian lisa… sabar lah lisa..
xusah nak banding2 baby sapa comel.. yg penting smua baby yg Allah anugerahkan comel2 belaka.. be positive
Ya khaira … wahai kebaikan
Awat jakun sgt ni?pelik sungguh…
sorry. i bkn nk sokong pembuat fake accounts, tp ni bkn masalah sgt sbb as a public figure mereka sepatutnya dh expect perkara ni akan brlaku. anak david beckham pun ada byk insta palsu… so.. sorry i x fhm why bother. if she puts in her ig the real ig of her kids mesti org tahu yg mne genuine yg mne fake.
yakah?