fbpx

Sebut sahaja mengenai selebriti bersahaja, Lisa Surihani, pasti ramai yang berbicara soal solekan yang dikenakannya setiap hari.

Jarang sekali untuk melihat Lisa tampil dengan solekan yang tebal dan selebriti ini sememangnya terkenal dengan solekan yang nipis tapi masih lagi menawan.

Jika anda ingin tahu, wajah yang bebas daripada kotoran adalah wajah sebenar disebalik solekan yang tebal. Tidak dapat dinafikan kulit wajah Lisa Surihani memang menjadi idaman setiap wanita.

https://www.instagram.com/tv/B3CN8g7ng9t/?utm_source=ig_web_copy_link?utm_source=ig_embed

Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda rahsia sebenar Lisa dalam penjagaan kulit wajah. Lisa mula berjinak-jinak dengan pembersih muka ini ketika hamil anaknya yang kedua, Yusof.

Bagi selebriti kecil molek ini, kulit wajah yang benar-benar sihat boleh dimiliki dengan menggunakan pembersih yang betul iaitu yang lembut terhadap kulit, bebas sabun, melembapkan, bebas pewangi dan terbukti secara dermatologi tidak menyebabkan iritasi tanpa mengira jenis kulit.

Segalanya terjawab dengan Pembersih Kulit Lembut Cetaphil yang telah mempunyai kepakaran dalam bidang penjagaan kulit selama 72 tahun.

Jangan anda tak tahu Pembersih Kulit Lembut Cetaphil ini juga mampu membersih dan melembap kulit wajah secara lembut tanpa mengikis pelindung kulit semula jadi.

Pembersih wajah kegilaan ramai ini juga turut hadir dalam pek percubaan bersaiz 29ml sehinggalah 1000ml.

Jika anda mencari pembersih wajah yang terbaik melalui laman sosial, pasti jenama Cetaphil yang mendapat ribuan like dan menjadi produk yang disarankan oleh penggunanya.

Jangan tak tahu, penggunaan pembersih wajah Cetaphil ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit kering, berminyak, dan sensitif. Lebih menarik lagi, untuk anda yang tiada masalah kulit wajah pun boleh menggunakan produk ini, barulah kulit lebih bersih dan sihat sentiasa.

Tidak sahaja hadir dengan pembersih muka, Cetaphil juga dilengkapi dengan Moisturizing Cream yang mampu memberi kelembapan berpanjangan buat anda.

Selain daripada melembutkan kulit wajah, Moisturizing Cream Cetaphil ini berfungsi untuk mengekalkan kulit sentiasa sihat dan lembut. Ini kerana ia mengandungi fragrance yang tahan lama untuk membuat kulit lebih wangi. Sesuai untuk kulit normal, sensitif, bermiyak mahupun kulit kering.

Menarik lagi, untuk penjagaan kulit wajah dari sinaran UV dan untuk melambatkan proses penuaan kulit agar kulit sentisa kelihatan lebih muda dalam tempoh masa yang lama pun ada tahu! Semuanya ada dalam UVA/UVB Defense Cetaphil yang mampu memberi keremajaan kulit anda.

UVA/UVB Defense merupakan langkah ke tiga untuk anda menjaga kulit wajah anda daripada disambar sinar UV. Nak cantik sepanjang masa jangan lupa apply UVA/UVB Defense diwajah anda sebelum keluar rumah!

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Home Tester Club Malaysia di antara bulan Mei hingga Ogos 2018, 99% wanita yang menerima dan mencuba Pembersih Kulit Lembut Cetaphil®, bersetuju yang ia membersih dan melembap secara lembut tanpa mengikis pelindung kulit semula jadi.

Tidak dapat dipertikaikan lagi, keluaran Cetaphil ini mampu memberikan anda keyakinan untuk keluar rumah tanpa sebarang makeup dan yang pastinya kulit wajah anda bebas daripada kotoran.

Ingin tampil menawan seperti Lisa yang sentiasa mempunyai kulit licin dan segar, jangan lupa untuk terus miliki produk keluaran Cetaphil di mana-mana cawangan Watsons berhampiran anda untuk grab harga promosi yang berlangsung.

Maklumat lanjut layari lam rasmi Cetaphil, Facebook dan ikuti Instagram untuk mengetahui lebih banyak kelebihan Cetaphil.