fbpx

Lip Matte Dari Jenama Lokal Ni Harga Berbaloi, Kualiti Pun Tip Top!

Bagi wanita yang sukakan kecantikan dan kosmetik, mesti dah excited melihat tajuk artikel kali ini kan? Jari tu pantas jer nak klik, almaklumlah lumrah wanita ni memang sukakan kecantikan, pantas jer nak ambil tahu, hehe.

Kalau nak disenaraikan barang kosmetik memang banyak sangat. Tapi kami pasti lip matte atau lipstick matte antara barang wajib ada dalam beg makeup tu. Memang tidak asing lagi dari setiap wanita di luar sana tau. Macam-macam jenama dan juga warna yang ada. Baik mengaku! Haha.

Menjadi Kegilaan Wanita

Lip matte ni memang menjadi kegilaan geng wanita. Salah satu sebabnya adalah tahan lama selain dapat memberikan kesan warna matte di bibir. Kadang-kadang makan pun masih tahan lagi tau warna lip matte ni. Menarik kan?

Haa, kalau anda nak tahu, lip matte juga memainkan peranan penting untuk meningkatkan keyakinan diri yang tinggi. Ia juga aset penting ketika kita mahu berkomunikasi dengan orang lain.

Anda bayangkan apabila kita bersembang dengan kawan-kawan, takkan lah nk biarkan bibir tu pucat jer kan. Kang orang cakap macam mayat hidup pula. At least kena ada juga warna bibir tu. Barulah rasa lebih yakin!

via GIPHY

Jadi, salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mencari lip matte yang sesuai dipakai untuk bibir anda. Selain itu, lip matte ni juga dapat memberikan bibir yang sihat dan cantik sekiranya kandungan lip matte tersebut mengandungi bahan yang bagus. Selain dapat mencantikkan diri dapat juga merawat bibir anda. Setuju tak?

Lokal Bukan Sebarang Lokal Tau!

Nak dapatkan lip matte yang berkualiti tak semestinya anda kena cari jenama luar yang terkenal malah lebih mahal tu. Anda jangan tak tahu, produk lokal pun ada menghasilkan lip matte yang bagus dan berkualiti! Salah satunya adalah jenama Husna Beauty.

@

? –

Bagi anda yang kurang tahu mengenai dunia kecantikan tempatan, sebenarnya banyak jer jenama-jenama kecantikan tempatan yang mula naik bak ‘cendawan yang tumbuh selepas hujan’ ni. Kebanyakannya diusahakan oleh usahawan yang sangat berpengalaman tentang bidang kecantikan.

Begitu juga pengasas kepada Husna Beauty yang diasaskan Wan Nur Hazelyna Husna atau lebih mesra dikenali JelJel ini. Beliau yang dilahirkan di Perak tahun 2000 ini mendapat inspirasi untuk membantu dan memberi keyakinan kepada semua wanita di luar sana. Wah, muda-muda dah berjaya menghasilkan produk yang berkualiti kan?

Kalau anda nak tahu, Husna Beauty dahulu hanyalah beroperasi secara online sahaja di rumah selama 2 tahun. Tetapi berkat kesabaran, kini beliau berjaya membuka HQ di Kampar, Perak pada bulan Mei 2022. Rezeki betul!

Lancar 8 Code Warna Lip Matte

Baru-baru ini mereka ada melancarkan lapan code warna lip matte yang terdiri daripada 01 Laily, 02 Ayu, 03 Hazel, 04 Fina, 05 Romance, 06 Beauty, 07 Brave dan 08 Royal.

Serius cantik sangat warna lip matte yang mereka hasilkan malah boleh merawat bibir anda dari kering dan merekah. Antara kandungan yang ada dalam treatment lip matte mereka adalah shea butter dan juga jojoba oil. Terpaling best ada cooling effect lagi bila anda pakai lip matte ni nanti. Curlas!

Paling power, code yang mereka hasilkan ini sesuai dengan semua tona kulit. Tak kisahlah anda berkulit cerah ke, sawo matang ke, tanned ke, semuanya sesuai untuk anda!

Oh ya, harga juga sangat berpatutan tau. Mampu milik. Anda pun tak perlu nak cari produk antarabangsa yang mahal-mahal tu, sekarang ni mudah jer nak dapatkan produk lokal yang berkualiti seperti ini. Sangat premium! Alang-alang boleh juga support produk lokal kan? Hiks.

Untuk info lanjut, anda boleh Husna Beauty di talian 017-551 8547 atau Media Sosial: Instagram, Facebook, TikTok

#husnabeauty #husnabeautymalaysia #husnabeautystore