Aaah. Sesuatu yang enak untuk di’dengar jika ia’nya melibat pilihan muzik manusia di atas bumi ini yang tidak berpihak kepada Justin Bieber. Linkin Park hari ini sah merampas kedudukan No.1 bintang remaja itu dari segi jualan album di United Kingdom (UK).

Album terbaru kumpulan itu, Living Things yang kini berada di’pasaran termasuk Malaysia mencatatkan penjualan album sebanyak 41,000 unit — hanya 3,000 unit di’hadapan Overexposed oleh Maroon 5.

Dengan kejayaan membawa album ini ke puncak carta, Living Things merupakan album ketiga terlaris untuk Linkin Park di’pasaran muzik UK. Dan album terbaru Justin Bieber ‘Believe’ hanya mampu berpuashati untuk berada di’tangga keempat di’belakang + oleh Ed Sheeran.