Sebelum ini, Datin Patimah Ismail berkata dia hanya menganggap pelakon Puteri Sarah adalah menantunya menerusi perkahwinan dengan Syamsul Yusof sebelum ini.
Malah, Datin Patimah juga mengatakan menantunya kini iaitu Ira Kazar sebagai seorang isteri yang ‘tidak berdaftar’.
BACA: “Saya Tak Mahu Ambil Tahu Pasal Ira, Dia ‘Isteri Tidak Berdaftar’” – Patimah Ismail
Baru-baru ini, isteri kepada pengarah Datuk Yusof Haslam mendoakan agar anak-anaknya tidak menjadi mangsa fitnah.
“Lindungi anak-anak kami daripada fitnah dunia. Semoga dikuatkan iman untuk menghadapi ujian hidup ini, amin,” tulisnya.
Menerusi perkongsian lain, Patimah turut memuat naik gambarnya bersama dua cucunya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah yang merupakan anak Syamsul dan bekas isterinya, Puteri Sarah.
Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan apabila timbul khabar angin mendakwa Syamsul sudah menceraikan Ira menerusi WhatsApp dan dihalau daripada rumah.