fbpx

Ibu kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail tidak mahu mengambil tahu mengenai gosip yang anak sulungnya itu yang didakwa sudah berpisah dengan Ira Kazar.

Memetik Harian Metro, Patimah berkata dia hanya menganggap pelakon Puteri Sarah adalah menantunya menerusi perkahwinan dengan anaknya itu.

BACA: Dakwaan Syamsul Ceraikan Ira Kazar Melalui WhatsApp, Puteri Sarah Tak Tahu

“Saya tak ambil tahu. Apa yang saya tahu menantu saya adalah Puteri Sarah Liyana, tapi mereka sudah berpisah.

“Apa yang berlaku seterusnya saya tidak tahu. Bagi saya itu ‘isteri tidak berdaftar’ jadi saya tiada komen,” katanya.

Sementara itu, Patimah mengakui kenyataan suaminya, Datuk Yusof Haslam mengenai anak sulung mereka yang sudah lama tidak pulang ke rumah serta enggan memanjangkan perkara tersebut.

“Betul lah apa yang suami saya cakap, tapi saya tak nak ungkit lagi. Saya tak nak merosakkan nama Syamsul lagi. Jadi saya tiada komen mengenai pertanyaan ini,” katanya.

Semalam, menerusi temu bual bersama Melodi, Yusof mengingatkan anaknya itu agar tidak menunggu sehingga orang tuanya sudah tiada, baharulah dia mahu mencari mereka.