fbpx

Linda Rafar Pandai Mengurut, Boleh Baca Hati Orang

Lama tak dengar cerita tentang pelakon Linda Rafar. Pasti ramai rindu untuk melihat Linda kembali muncul di kaca televisyen. Rupanya, Linda mendakwa ada rakan artis cuba menutup periuk nasinya.

Memetik mStar Online, Linda mengakui terkejut apabila mendapat tahu ada rakan artis yang bercakap buruk mengenai dirinya serta membuat dakwaan palsu dia tidak lagi aktif berlakon dan menyanyi.

BACA: Linda Rafar Mohon Orang Ramai Jangan Post Gambar Makanan, Percutian

Kata Linda lagi, dia menyedari perkara itu selepas dia kurang menerima tawaran daripada mana-mana pihak produksi.

“Saya tak sangka apabila ada kawan dalam kalangan selebriti yang nampak baik selalu komen dekat Instagram tapi dekat belakang tak baik dan menutup periuk nasi.

“Pernah juga bila ada orang tanya nombor telefon saya untuk diberikan tawaran kerja tapi individu tersebut kata yang saya ni tak lagi aktif berlakon.

“Terkejut juga, patutlah banyak pengurus produksi tidak tawarkan kerja, tapi disebabkan mulut si dia tu orang sangkakan saya mahu berehat sedangkan saya masih lagi aktif,” katanya.

Dalam pada itu, Linda turut berkongsikan dia mempunyai kebolehan pandai mengurut dan boleh ubatkan mereka yang sakit kepala atau sakit belakang dengan mengurangkan kesakitan.

“Saya ada kelebihan mengurut orang. Kalau saya urut orang, orang boleh baik. Kalau orang sakit kepala, saya pegang, urut memang baik.

“Kalau orang tu ada sakit tulang, sakit belakang ke, saya pegang je boleh ubat orang. Saya boleh kurangkan sakit orang tu. Dari kecil keluarga tahu saya gifted dalam mengurut,” katanya.

Sementara itu, Linda turut mendedahkan dia mempunyai instinct serta kebolehan membaca hati seseorang.

“Saya ada satu instinct saya boleh tahu hati orang. Saya boleh tahu orang tu suka saya dan tahu jika orang itu tidak suka saya, walaupun orang tu pura-pura macam dia suka.

“Saya memang ada satu instinct yang kuat yang boleh tahu orang punya hati. Tapi tak naklah cakap kan. Tapi yang paling confirm, keluarga saya cakap kalau saya urut memang baik,” katanya.