fbpx

Linda Rafar Mohon Orang Ramai Jangan Post Gambar Makanan, Percutian

Sejak Jumaat lalu, negara dikejutkan dengan musibah banjir melanda di beberapa kawasan di Lembah Klang sehingga mengakibatkan ramai yang musnah harta benda dan hilang tempat tinggal.

Terkesan dengan apa yang menimpa ramai mangsa banjir, menerusi satu perkongsian pelakon dan penyanyi Linda Rafar meminta agar orang ramai tidak berkongsi gambar makanan dan sedang bercuti di media sosial.

BACA: Linda Rafar Berniqab Kerana Mahu Elak Penyakit Ain

Kata Linda lagi, dia berharap mereka yang tidak terkesan dengan banjir supaya peka dengan keadaan sekeliling serta menjaga hati ramai pihak di saat gerit ini.

“Tolong jangan lah post gambar makanan atau bercuti dulu masa rakyat terseksa dengan keadaan banjir.. Tak tolong tak apa, tapi tak perlu lah nak tunjuk dalam media sosial dalam keadaan tengah kritikal! Tolong lah jaga hati ramai pihak yang tak makan dan terkesan,” tulisnya.

Perkongsian Linda itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang bersetuju dengan kenyataan Linda itu apatah lagi masih ada mangsa banjir yang terkandas.

Kata netizen lagi, ada mangsa yang tidak makan dan kesejukan akibat musibah banjir. Malah, ada yang mengatakan adalah lebih baik kita bermuhasabah diri di atas apa yang berlaku.