Linda Rafar Berniqab Kerana Mahu Elak Penyakit Ain
Penampilan terbaru pelakon dan penyanyi, Linda Rafar menjadi perhatian apabila tampil berniqab. Mengakui selesa menutup sebahagian wajahnya, namun Linda tidak pernah mengisytiharkan dirinya berniqab sepenuhnya.
Kata Linda lagi, dia sedar ramai netizen melabelkan dirinya penunggang agama kerana tampil berniqab dan pada masa sama menjalankan perniagaan hijab menerusi jenama LR Hijab.
BACA: Linda Rafar Sedih Muhyiddin Yassin Letak Jawatan
Bagaimanapun, dia enggan peduli dengan mulut netizen kerana baginya yang penting niatnya untuk mencari rezeki yang halal.
“Ustaz kata kepada saya, jual tudung dapat pahala dan jual niqab lagilah berganda pahala itu. Niat saya memang sudah tentu nak cari rezeki yang halal. Kalau orang label saya penunggang agama, itu mulut mereka dan saya tak boleh kawal.
“Buka tudung atau tidak memelihara aurat itu yang berdosa. Keputusan mana-mana wanita untuk tidak lagi berniqab atau sebaliknya tidak menjadi satu kesalahan atau dosa pun. Itu kata ustaz yang saya rujuk,” katanya.
Jelas Linda lagi, apa yang dilakukannya itu adalah berlandaskan rasa taat kepada Allah, bukan kerana manusia. Ujarnya lagi, keputusannya untuk berniqab adalah untuk elakkan daripada terkena penyakit ain.
“Saya dah lali dengan kritikan dan kecaman orang. Nak fikir mulut orang memang sampai bila-bila takkan habis. Ada yang cakap saya tak layak pakai niqab. Penyakit ain ini boleh membawa kematian. Orang puji tak boleh, orang kutuk pun tak boleh.
“Sebab itu saya amalkan menutup sebahagian besar wajah dengan berniqab, sebab nak elak terkena penyakit ain,” katanya.
Dalam pada itu, Linda berkata suaminya, pelakon Syed Aiman sedang menderita penyakit tersebut sehingga mengalami kemurungan namun kini semakin pulih.
“Suami saya kena penyakit ain teruk sampai alami kemurungan, sukar nak bernafas dan mudah berasa resah secara tiba-tiba.
“Dah rujuk dengan ustaz dan dia mengesahkan suami saya memang terkena penyakit ain. Keadaan suami memang tak macam dulu dah. Kalau dulu dia sayang motor berkuasa tingginya, sekarang dia dah tak ambil kisah tentang itu,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo!
Lembab no ko siar citer ni dah basi dkt seminggu gk org membawang kt cari.com!
Penyakit ain ni apa. Mxm sihir ke.
Kalo aku puji ko, ko akan sakit? Gitu ke maksudnye?
So kita nak elak sakit ain kita kne tutup muka? Betul ke kefahaman aku ni?
DAH BERNIQAB TUUUU TONE DOWN BULU MATA, KENING DRAW2 BERSHADING2, BERCONTACT LENSE COLOR2 BAGAI. TAK PERLU BERCONTENG MATA NAK JADI PEREMPUAN ARAB WANNAAAABEEE..
KALAU BERNIQAB DAPAT ELAK PENYAKIT AIN… KAN LEBIH BAIK KAMU PAKAI BURQA TERUS JADI PENYAKIT AIN TAK TEMBUS!
gigi kapak, itu mentaliti kebykkan org skrg. nak elak penyakit ain, guna niqab. pastu conteng mata kasi sexy. tutop aurat tapi pakai ketat. nak pakai tudung labuh tapi bibir injection kasi tebal. wanita dgn kecantikan tak bole dielakkan. mmg lumrah. tapi semakin rasa dekat dgn Allah, semakin malu nak tonjolkan aset ni semua kat khalayak ramai. so penyakit sikap menunjuk ni kena jaga dulu. hati kalau masih teringin nak tunjuk kecantikan kat org, berlumba2 tak nak ketinggalan dgn kwn2 lain yg posting muka vogue2, selagi tu org akan kata. bila kita rendah diri, tone down makeup, ckp yg perlu aje tak byk komen merapu,insyaAllah ramai akan lagi terpegun. keluarga encik rafar ni alhamdulillah semua cantik2 belaka. tak payah make up tebal semula jadi dah cantik.
Apo! Nenek panjang berjela. Dah tua menyemak masuk laman gossip. Nasihat dirimu dulu nenek! Kubur kirim salam.
Ye ke cantik2..keluarga rafar ni nekkk..kite nengok x cntik pun. ….ke nenek ni keluarga rafar yg perasan cantik tu x…
Laki Linda Rafar tak banyak follower dalam insta. Orang terdekat yang buat ain???? Jiran jiran sekeliling. Ada yang jenis suka MELIRIK DARIPADA JAUH. Bila dekat dia lari masuk rumah. Tapi bila jauh dia pandang macam ada dendam. Itu salah satu mata hasad dengki. Jiran suka CURI DENGAR DALAM RUMAH ORANG. Tak kira jiran tua muda bujang dah kahwin. Ada buat begitu. Jauh jauh. Jangan buat kenal.
Ig suami sendu….. isteri suka tayang suami dalam ig pon boleh terkena ain. Zaman media sosial di hujung jari. Senang dapat ain akibat sendiri suka tayang berlebihan. Tak tayang tetapi jiran sejenis perangai murahan kaki menyebok. Pasang cermin kasi berbalik kih kih
Komen u olls atas pasal jiran. I juga benci jiran bawang.
Nowadays bukan makcik. Jantan jantan Melayu bujang dah kerja tapi miskin kedekut tumpang rumah mak bapak lebih teruk mulut. Suka menganjing. Muka buruk macam anjing. Ketawa macam anjing. LOL
Dun worry ain this anjing. Manusia mulut jahat suka sakitkan hati orang sebenarnya they olls sudah di azab Tuhan di dunia. Sebab itu mata telinga tak bersyukur suka sibuk hal orang. Kah kah kah!
Kau dah masuk cari.com terhegeh hegeh datang RK. Bangga macam syaitan jadi golongan pertama mengata orang. Pakcik datang RK baca komen untuk dapat panduan hidup. Terkadang pakcik beri panduan. Share group Wasap jiran2 bagus komen atas. Kasi sentap masing masing mulut kalah iblis!
Jantan start motor biar engine bising lama dekat rumah jiran.
Jantan jiwa kacau lewat malam ronda atas jalan pusing dekat rumah jiran kasi bunyi motor di dengar semua.
Jantan di bela Mak Pak hidop bagai hewan.
Adab 0
Hormat perempuan 0
Mulut menganjing 100%
Ringan beban keluarga 0
Tambah beban 100%
Berdakwah 0
Bawang nak tahu dalam rumah orang 100%
Tak laku infinity! Suka buat apa ja DEMI PERHATIAN. DAHAGA PERHATIAN!
Betul. Setuju. Setuju.
Jiran yang baik jaga pandangan. Mata tak tengok rumah orang berlama lama Tak pasang telinga hal rumah tangga orang. Tak ganggu anak orang.
Kelakor klau kerana Allah mohon.. Tolong jgn nko conteng kening, dengan kelopak mata nko bio bersih kerana Allah!!hadoo pahammm?
wow komen2 kat atas mcm TUHAN pulak korang…
doakan jela yg baik2..
ishh ishh ishhh..
@Terkomen. Mcm TUHAN itu nenek hak ha hak hak hah. Pasti awak ini manusia suka menyakiti jiran. Terasa dengan komen mereka di atas. Acah baik tapi masuk RK ishh ishh ishhh..
Sakit Ayn ni tak semesti dari org jahat. Boleh dtg dari org yang terlalu suka sesuatu, sampai lupa cakap Masha’Allah Tabarakallah. Ia itu memuji Allah atas pemberian di beri kepada seseorang. Sahabat Nabi Muhammad pernah terlihat salah satu sahabatnya tgh mandi Dan terpegun lihat kulit nya cantik, lepas tu terus sahabat tu jatoh sakit. So, di suruh sahabat yang terpegun tu, untuk kasi bekas air wudhu nya untuk yg terjatoh sakit. Terus dia sihat balik. Menunjukan Hadith ini, tak semua dtg dari org jahat. So Kita tak boleh memuji org tu selain memuji Allah.
Jadi, Kita yang ada kelebihan, Rupa cantik, kejayaan jangan menunjuk ia boleh terkena Sakit Ayn. Anak tak Kira bayi, dah remaja pun boleh kena.
Amal kan baca 3 qul Dan ayatul kursi, lepas tu hembus di seluruh badan setiap malam sebelum tido. Dan tolong lah Jgn SHOW OFF kalau tak nak sakit atau mati kerana ini.